Beberapa hari lepas aku bersembang ( dalam talian ) dengan member aku ni setelah lebih kurang 14 tahun tak berjumpa. Mula-mula aku jumpa dia ni masa aku mula masuk ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas Perak. Aku dimasukkan dalam kelas 1c2 ( "c" bermaksud commerce/perdagangan ). Aku duduk di depan dia kalau tak silap dan dialah orang pertama yang aku tegur. Apa yang aku agak hairan adalah bila aku yang memulakan bicara dengan dia, dia bagitahu aku yang dia anak 'lord' ( anak orang kaya )...Lepas tu baru tau yang nama dia Zainudin Bin Lot ( lord )...memang anak Lot la kau Budin...( memang aku panggil Budin dulu kalau tak silap )
Tapi masa sekolah aku tak la rapat sangat dengan dia ni, sebab dia joint ngan bebudak famous....hehehhe..
Aku jumpa dia balik pada tahun 1997 kat UiTM Shah Alam. Masa tu aku dah habis belajar dan masih duduk setinggan kat kolej Perindu, manakala dia baru je masuk kat UiTM, kos Sains Sukan. Aku jumpa kat kedai minum mama bosan kat bawah perindu 3 ( kalu sesiapa dulu duduk perindu 3, tau le kedai mama bosan ni ) Kitorang sembang-sembang la sebab lama tak jumpa ( biasa la kalau budak senegeri atau sesekolah jumpak kat negeri lain, macam exited sangat )
Yang aku buleh ingat sampai sekarang apa yang dia kata tentang dua perkara iaitu,
" Kalau nak terkenal, kena berjaya.. tapi kalau berjaya, akan jadi terkenal.." ( lebih kurang macam tu la bunyinya..aku pun dah lupa )
Lagi satu pulak, "kalau nak berjaya, jangan hisap rokok, main perempuan dan jangan nak enjoy saja"..( ni pun aku dah tak berapa ingat, dah tua la katakan )
Beberapa hari lepas yang aku cakap dengan dia dalam phone, kita borak-borak pasal kawan-kawan sebaya yang telah dulu meninggalkan kita. Dan aku yang tak berapa bercampur dengan kawan-kawan, mungkin. Bukan tak nak bercampur, oleh kerana komitmen dengan kerja, dengan keluarga aku, keluarga mertua, yang mana aku lebih suka menghabiskan masa ( kalau tak kerja la ) buat aktiviti dengan keluarga-keluarga aku je, sebab aku rasa lebih penting buat aku...
Apa pun aku respek la dengan kau Budin, sekarang dah menjadi orang kuat Adidas Malaysia. Dan pernah aku nampak dia bergambar dengan Zidane Zidan dalam surat khabar tu...
***All the best Bro..!!! ( sorry, aku cilok gambar ko dari FB )
8 ulasan:
Baguslah prinsip dia, suka!orang skrg nk berjaya lain prinsipnya, bg rasuah main perempuan..takat dunia boleh ler buat mcm tu, kt akhirat nanti kau taulah nasib kau..hamek!
p/s susu kambing sekotak RM30, harga pasaran RM36, tapi biasa nisa bagi RM33 utk bukan ahli. Kalau nak jadi ahli RM50 and dapat sekotak free susu higoat. Kalau nak buat bisnes pulak RM230 and dapat 7 kotak merangkap jd ahli terus ler tu..amacam?nak try tak?
i'Allah satu hari kite mampu berjaya klu rajin berusaha cuma jgn ikut jalan yg salah sudah la..biarlah berkat rezeki yg dicari..
wah..
sume kawan2 sdara dh kawen ni..
xde can la..
hehe..
hebat kn keje ia, bukan calang2 tu.. ia amalkn apa yg ia kata..
dan terbukti berjaya..
syabas..
wah... mesti kaya kan....hehhehee
biaalah setiap orang ada rezeki masing2...
die jumpe lagi x zidane zidan tu..ehe..nk mintk tnda tgn zidane la..ekekeke..
sya ialah penghuni perindu 3 bt masa ni...n kdai mama bosan dah xdak skng...yg ad kt bwah nu cuma pejabat kolej ng water cooler...hahaha...
sya juga adalh slh seorg pengunjung setia dewan mkn perindu..hehehe
disebabkn mls nk kluar gi section 2 or dc,tepksalh gi mkn kt c 2 je..tp xpenah dgr plak kdai mama bosan..mgkin dh xde kot..cm bosan je bunyi..hehehe
Catat Ulasan