Aku bukannya orang yang kaya, yang sanggup menghabiskan wang bagi membelikan kereta besar, PS3, segala bagai untuk anak-anak. Melainkan kalau diorang belajar betul-betul dan mendapat keputusan cemerlang. Apa yang aku bebel ni bukan pasal apa pun, ni kerana semenjak diorang bersekolah tadika ni, semua barang yang dibawa ke sekolah kebanyakannya hilang. Pensel kaler dah berapa kotak, dari yang sebesar-besar kotak sampai akhir sekali kotak kecik. Yang ada hanyalah tinggal kotak. Pensel, pembaris dan pemadam tak payah cerita la, kalau disusun buleh buat jambatan pulau pinang yang ke tiga. Malam tadi tanya diorang, mana pensel..mana pemadam..diorang cakap takde. Setelah sekian lama ( sepatutnya aku dah mula ni awal-awal dulu lagi ), aku mengambil tindakan pencegahan yang aku harap dapat mengurangkan kadar kehilangan barang-barang.
Mula membuat penanda nama kat pensel...


Diorang dua orang ni pun cuai sangat, tak kisah kalau barang hilang.
***Harap-harap, hari ni bila periksa beg diorang, segala pensel dan pemadam ada ...Ingat dulu Mak Saudara ada cerita anak dia, nasib baik seluar dalam tu melekat, kalau tak mesti hilang...hehehehe