Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label di suatu pagi yang dingin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label di suatu pagi yang dingin. Papar semua catatan

Isnin, 4 April 2011

Menanti Sang Suria di Kampung Padang Serai

Walaupun agak sibuk kebelakangan ni, aku sempat gak upload gambar yang adik emelkan kat aku. Sebenarnya gambar ni kesinambungan dengan post aku yang lepas. Diorang ni memang kreatif. Walaupun sebenarnya memang nak berjoging tapi kamera tetap dibawa...Untuk pengetahuan, segala gambar ni dan juga gambar entry joging yang lepas, hanya mereka dua orang yang pergi... Maknanya pandai-pandai la diorang, sorang ambil gambar sorang posing...Yang gambar dua orang tu, diorang letak le kamera kat mana-mana tempat yang stabil ( takde tripod yang digunakan ) dan guna timer... Dalam gambar-gambar ni aku nak tunjukkan keindahan pada waktu matahari menyinar di kampung aku. Jangan tak tau, kat kampung kita kat malaysia ni pun ada tempat yang memang cantik, cuma kalu nak tengok semua tu, rajin-rajin la bangun awal....Tapi sekarang dah susah dah kalau nak ajak Daud dan Adik bangun awal dan buat aktiviti , sebab diorang lepas subuh mesti nak tidor balik, sebab Daud malam-malam keluar dengan kawan-kawan pergi tangkap ayam hutan la segala bagai. Adik pulak tidor lambat jugak, asyik dengan komputer dia la.... Apa-apapun enjoy...!!!!
Yang berbaju no 12 tu Daud...nampak tak ???

Berlatar belakangkan fajar....

Eh..nak jatuh la pulak...


Dikejauhan, sang mentari mula menampakkan diri...



Cuba untuk mencapai mentari...

Menanti dengan penuh kesabaran....


Sungai di belakang rumah Pak Ndak Chan...mengalir lesu...


























*** Ok tak kampung aku...hehehe..Terima kasih kat Daud dan Adik..!!!

Rabu, 30 Mac 2011

Pagi Yang Dingin Di Kampung Ku

Kalau kat kampung pagi-pagi memang best.. Samada nak menikmati pemandangan sekeliling masa matahari nak memancar, ataupun tidur dalam suasana pagi yang sejuk...Tapi rugi kalau tak menikmati keadaan pagi sebelum matahari memancar kan... Gambar yang aku ambil ni dah agak lama dah, godek-godek dalam file gambar yang lama, jumpa pulak...Gambar diwaktu pagi selepas balik dari bersembahyang subuh....Pagi ni Naufal ikut sekali walaupun masa tu umur dia baru empat tahun kalau tak silap...
Nun tinggi di atas langit, sang bulan...

Matahari dah mula menampakkan bayang-bayang berwarna oren...

Beransur-ansur menjadi cerah...

Lagi cerah...

Bila dah agak cerah, lensa kamera dapat menangkap suatu objek..!! apa tu...?

Naufal la yang memang ikut sekali...hehehe...

Cahaya matahari dah pun mula menyinar walaupun dianya masih belum kelihatan...


Jalan masih digenangi sedikit air, malam tadi hujan agaknya...

Naufal yang sengaja memijak lopak air...

Dah cerah kan...dikejauhan terlihat lampu motor...orang dah memulakan aktiviti seharian diorang...
*** Rasa nyaman je tengok gambar ni...

Selasa, 15 Mac 2011

Di suatu pagi yang dingin...

Di suatu pagi yang dingin, ( pagi ni la ), sedang aku bertungkus lumus di hadapan senjata yang aku gunakan. Menyelesaikan semua drawing yang tertunggak tak disiapkan. Tiba-tiba door bell berdenting memecah kesunyian.

" ahh..sapa pulak yang datang ni.."..bentak hatiku..
Dengan berat hati berjalan ke intercom, lalu..

"Hello.." kataku..
"Posman.."Kata suara di sebelah sana...

" ingatkan sapa.." kata hatiku..sambil perlahan menekan punat pintu...

Si abang posman tadi naik...bila sampai di pejabat, dia berkata...

"Postor, postor...." - ( hehehe..yang ni aku tambah )

" Fadzli Haji Amir.."...Kata posman tu, sambil matanya tertumpu ke arah aku ( ye lah aku je yang berkulit melayu kat situ.. )

"Siapa pulak hantar barang nihh..."ngomel aku...

Selepas tantadangan...hehehehe...akhirnya...

Contest yang aku masuk dengan membuat entry link, telah menampakkan hasil..Inilah hadiah pertama semenjak berblogging... Terima kasih buat Dr.Rodzila Rodi, yang menganjurkan contest mari membaca....

Bungkusan yang diterima dari abang Posman...
Hadiah buku yang memang carik tak jumpa...

***Semangat tengok buku ni...hehehhe




Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails