Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 28 Disember 2011

sukneka part 2


Ni video-video yang sempat dirakam masa sukaneka haritu...majlis perasmian dengan acara budak-budak...








Acara orang dewasa dengan majlis penutup akan diupload nanti....

Sukaneka (part1)

25 Disember 2011..kami telah mengadakan hari keluarga & sukaneka famili haji amir..tapi tak semua yang dapat balik atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..yang ada cuma famili kak linda, famili kak lili, famili abang ijal, pini, daud & imah..

Walaupun tak ramai yang ada kami tetap bersemangat nak jalankan aktiviti..semuanya berjalan dengan lancar & yang penting semua orang enjoy...!!!

Bagi acara budak-budak kebanyakan game telah di'konker' oleh basyirah..tempat ke-2 erfan..ke-3 imran & yang ke-4 ehsan...secara rasminya basyirah telah dipilih sebagai olahragawati..hehe...


Hadiah-hadiah untuk pemenang sukaneka..hadiah-hadiah dibeli oleh kak lili, kak linda, pini dan imah..malam sebelum tu kami ramai2 menge'pack' hadiah..

zoom hadiah dari jarak dekat..





sapwan sedang mengisi air untuk acara isi air dalam botol..

daud sebagai linesman..



ni pulak famili kak linda..depa tgh berbincang strategi untuk menang..(patutla asyik basyirah je yang menang..ada strategi rupanya..hehe)

aksi daud melakukan warm-up sblm acara sukaneka..





budak-budak pun warm-up jugak..



ni nak tentukan pemenang bagi acara isi air dlm botol..pemenang adalah abg yus & kak linda..tempat ke-2( kak lili & sapwan), (abg ijal & kak farha)..ke-3 pini & daud...last sekali imah & pija...hehe..air depa tertumpah masa last2...

ni pulak acara musang berjanggut..nak kena asingkan kacang hijau, kacang merah, kacang kuda & halba dlm bekas tu..lepas tu kira ada berapa banyak halba..game ni ala-ala style p. ramlee dalam cerita musang berjanggut..

ni lah penganjur dan pengadil bagi acara musang berjanggut..kak lili...

 cabut undi dulu nak tentukan kumpulan..

kumpulan 1..



kumpulan 2



kumpulan 3..kumpulan yang paling ramai ahli..



ni je gambar-gambar yang sempat ditangkap sebab semua orang syok main tak ingat nak ambik gambar..hehe..tapi ada banyak video yang akan diupload nanti...tungguuuu........

*Updated by Pinny (tuan empunya blog terlalu busy x sempat nak update..buat sementara waktu ni blog ni akan di'handle' oleh adik-adik tuan empunya blog..hehe)


Sabtu, 10 Disember 2011

Pesta Pulau Pinang

Bawak budak-budak pergi ke Pesta Pulau Pinang, kesian kat diorang tak pergi ke mana. Diorang suka habis la, tambah-tambah lagi dapat naik macam-macam permainan.
Uqaiel yang selamba je dalam Merry go round....abah dia jugak yang gayat....
Naufal dan Nabil pun ok je...


Ni pulak naik menda yang pusing-pusing tu...

Selain tu  cuma bergambar kat Taman Mini yang dipenuhi dengan lampu...
Naufal dan Nabil memang betul-betul beraksi...











Uqaiel lebih suka dapat belon angry bird...


***Memang memenatkan....tapi bebudak selamba je....

Rabu, 30 November 2011

Iphone ke ni?



Masih lagi kat kampung, ternampak Naufal tengah pegang iphone, letak kat telinga dia. Aik, mana pulak dia dapat iphone ni. Siapa punya, dah la merah menyala pulak tu. Jom kita tengok...

Naufal tengah pakai iphone...

Eh Bertangkai pulak...

Alamak, bukan da...


Sekali sikat daaa...sapa punya tak tau...



***Sapa yang empunya sikat silalah komen....!!!

Selasa, 29 November 2011

Mesin Urut Abah

Abah dah ada kerusi urut. Kalau lenguh-lenguh badan tu dah takde sapa nak urut, boleh la baring sambil kerusi tu urut. Hadiah daripada anak-anak sempena hari lahir abah yang baru lepas. Bila balik kampung, yang menjadi salah satu tarikan, kerusi urut ogawa ni la. Lepas sorang-sorang mengurut badan diorang, sampai ada yang tidur-tidur la punya asyik..!!! 

Naufal yang pertama kali cuba....
Mengeliat-mengeliat dia, sakit katanya....
Sapa pulak yang menerai mesin urut abah ni......
***Nasib baik bebudak kecik takut dan tak berminat, kalau tak jenuh berebut la dengan diorang...

Ahad, 27 November 2011

Nasi Lemak Kopi-O

Naufal dan Nabil memang suka sangat makan nasi lemak. Tapi diorang panggil nasi lemak kopi-O ( nama rancangan pagi kat TV9 ). Naufal memang makan pedas dan Nabil makan nasi lemak gulai yang tak pedas. Tapi kebelakangan ni Nabil pun dah makan pedas dah.
Tapi apa yang tak bestnya, kalau diorang makan nasi lemak ikan bilis, ikan bilis yang bersalut kuah tu diorang letak tepi, tak makan. Kata masin la, pedas la.

Pagi tadi sarapan makan nasi lemak kopi-O lagi dan macam biasa diorang tinggalkan ikan bilis bersalut kuah tu.

Abah : Naufal, kenapa tak makan ikan bilis tu?

Naufal : Ikan bilis ni masin la..

Abah : Ikan bilis tu la bagus, ada zat besi. kalau makan tulang jadi kuat macam besi.

          Baru la tak sakit.

Nabil : Tengok macam abang ( anak pengasuh ) tu, dia tak makan ikan, kaki dia berdarah kena kaca.

Abah : ...............!!!


***Nabil seorang yang banyak bercakap orangnya...Selamat menyambut tahun baru Hijrah buat semua dan selamat bercuti...!!!

Sabtu, 26 November 2011

Seksi, Top less..!!!

Tajuk memang mengujakan..!!...Tapi tak de apa-apa, cuma berkisar apa yang berlaku di kampung. Kalau berkumpul ramai-ramai kat kampung, bebudak la yang paling seronok sekali. Kat kampung la diorang boleh berjumpa sepupu-sepupu diorang dan boleh main pasir la, rumput la, ayam la, kucing dan macam-macam lagi. Bila dah berlari-larian sana sini mula la panas dan kena bukak baju..

Bila dah bukak baju baru la nampak segala gendut dan sesulit...Tengok la diorang posing ala-ala Fasya Sanda....Hai anak-anak.....

Naufal, Nabil dan Irfan...
Gembira sungguh diorang bergambar...Kat belakang tu Uqaiel...

Tersengih diorang, Ihsan pun nak masuk jugak, tapi belum cukup kategori lagi...


***Seksi tak..???

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails