Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 26 Ogos 2010

Selamat Hari Raya...

Hehehehe....Ni bukan sebab tak beredan-redan sangat nak menyambut raya, tapi dek kerana design tuk kad raya yang dibuat dah siap, jadi apa salahnya publish kat sini....

Selamat berpuasa dan selamat berhari raya....

Jumaat, 20 Ogos 2010

Uqaiel Masuk Hospital

Hari selasa ( 17 Ogos 2010 ) yang lalu, Uqaiel yang mengalami sesak nafas telah ditahan di hospital. Pada mulanya kami hanya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan biasa, tapi setelah dinasihati doktor, dia kami bawak ke hospital.
Selama 3 hari 2 malam dia ditahan di wad, yang mana Wan Malinee yang telah mengambil tugas menjaganya.

Akhirnya semalam dia diberi kebenaran untuk balik...Alhamdulillah... Terima kasih pada Wan Malinee yang menjaga Uqaiel...aku tahu, betapa susahnya nak tidur atas kerusi selama menjaga dia....

Nabil yang menjadi peneman...





Rabu, 11 Ogos 2010

Naik Hantu DiHari Pertama Puasa

Aku betul-betul melepaskan kemarahan hari ini. Kemarahan yang terpendam sejak 'dia' memulakan kerja renovation kat rumah abah. Semuanya bagai serba tak kena. Tapi aku tak pun pernah mengungkit tentang 'harga', tapi aku cuma mengomel tentang ketelitian kerja ( workmanship )... Aku bagaikan naik hantu hari ni bila abah menelefon mengatakan jubin lantai dah mula dipasang... Tanpa memikirkan yang dalam bulan puasa ni aku seharusnya berbanyakkan sabar... Tanpa memikirkan yang 'dia' lebih tua daripada aku...Entah syaitan mana yang menghasut sedangkan tiada syaitan pada bulan puasa ini...

Tanpa memberi peluang padanya membalas, aku sebutkan satu persatu ketidakpuasan hati tentang cara kerjanya.....Sehingga dia terdiam dan memohon maaf...
Adakah aku salah??...Aku cuma mempertahankan hak aku dan keluarga aku, walaupun aku tahu aku tak ada apa-apa hak atau sumbangan...tapi macammana dengan sumbangan dari Pinny, Abah dan Ijal setakat ini...Secara tidak rasminya aku yang menjadi bertanggungjawab atas segala kesilapan 'dia'...

Adakah aku bersalah...? ( bersambung kerana aku perlu balik awal untuk membeli juadah berbuka puasa kerana aku masih lagi berpuasa hari ini )

Ramadhan Datang Lagi...

Alhamdulillah.... Keatas rahmat yang Allah limpahkan sehingga panjang umur untuk bersua lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. Disamping semua orang yang tersayang dapat juga kita menyambut bulan yang mulia ini, kecuali ketiadaan Allahyarhamah Kak Nun yang telah pergi sebelum masuknya ramadhan, semoga rohnya dirahmati Allah hendaknya..


Kepada seluruh ahli keluarga di mana juga berada, diucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. InsyaAllah kita akan berbuka puasa bersama di rumah abah suatu hari nanti...

Kita akan berkumpul bersama, menyediakan juadah berbuka bersama, tapi tak boleh buat seperti gambar di atas kerana bawah rumah tu hanyalah tinggal kenangan.....

Khamis, 5 Ogos 2010

Waktu Kritikal...

Sejak akhir bulan Jun, boleh dikatakan setiap minggu aku balik kampung. Cuma 2 minggu pada hujung bulan Julai aku tak dapat nak balik. Walaupun keadaan yang kritikal sekarang ni, aku dapat rasakan kami sekeluarga menjadi agak rapat. Semua ahli keluarga kerap menghubungi aku sekarang. Begitu juga dengan abah, bukan aku saja kerap menghubungi dia malah sebaliknya juga.
Mungkin ada yang berkata, aku balik ke kampung saban minggu hanya bersuka-suka melayan hobi memancing yang memang menjadi minat yang terlampau buat masa ni. Tapi terkadang idea memancing tu datangnya dari abah sendiri, yang mana dia pun rindu dengan aktiviti memancing yang telah ditinggalkan sejak lama dulu, yang mana dulu aku, kak linda atau ijal yang menjadi peneman abah kalau nak memancing. Bila balik ke kampung je, salah satu soalan yang akan dia tanya ialah " hang nak mancing ka ?."Pernah juga abah mengajak Imah semasa imah balik bercuti, tapi tak dapat dipastikan ajakan itu hanyalah gurauan atau betul-betul. Tapi yang pasti mungkin abah rasa sunyi dan nak anak-anaknya menemaninya terutamanya dalam sesuatu aktiviti. Kami bukan sekadar memancing, tapi semasa menunggu ikan meragut umpan, kami bersembang. Bersembang tentang kisah waktu dahulu, kenangan yang telah lama pergi. Tentang mak, macamna pengalaman kami semasa kematian mak di hospital Ipoh. Tentang keluarga, kakak, adik-adik semasa dulu. Tentang kesusahan masa tu. Tentang segala-galanya yang membuatkan kami jadi bertambah rapat.

Walaupun kami tak berapa puas hati dengan sikap abah yang lebih mendengar nasihat orang lain daripada anak-anaknya sendiri, tapi itulah abah... Aku akur dengan ketentuan itu walaupun terkadang rasa marah seakan terbara... Kerna dialah satu-satunya abah yang aku ada, tiada dua...

Pernah abah cakap, " kalu ramai-ramai memancing macam dulu, syok." Dan pernah dia memberi cadangan untuk memancing di sungai berdekatan rumah Farha di Grik, dengan harapan yang kami akan dapat ikan besar!...aku dah ajukan kat Ijal, mungkin suatu masa nanti ianya bakal terlaksana...

Hujung minggu ni aku balik lagi, cuba menyelesaikan beberapa permasalan yang timbul yang membuatkan kepala ini lebih berserabut dan mungkin alasan untuk melepaskan tekanan yang melanda, aku akan pergi memancing bersama abah lagi...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails