Kalau tak pun dia balik dari masjid selepas sembahyang subuh di masjid berdekatan, pastu singgah kat rumah kita dan tidor atas sofa kita dan yang lebih dramatik lagi ialah sampai pukul 11 pagi pon belum bangun lagi sedangkan orang lain dalam rumah kita dah bangun, mandi, makan....
Tu lah yang berlaku kat Kampung aku sekarang ni. Nak dimarah suruh bangun nanti dia terasa pulak. Aku nak cakap apa pun tak tau, dulu aku ada sound sikit dia, tapi rasa macam terkasar bahasa pulak, pastu abah cakap biaq la kat dia. Kalu aku cakap lembut berkias-kias bak melayu dedolu yangcakap penuh berlapik dengan bunga-bunga, lagi teruk dia buat tak tau je ( tak tau le dia betul-betul tak faham atau buat-buat tak faham)
Yang kesiannya adik-adik pempuan aku la, tak pasai-pasai kena pakai tudung dalam rumah sebab ada orang bukan muhrim dalam rumah. sampai nak mengemas pun tak boleh sebab landing atas sofa siap ngan selimut lagi.Adik ( Faiez ) pun jadi serba salah sebab tu kawan dia, dah macam-macam cakap buat deekk je. Siap adik suruh dia balik kata yang nanti Mak dan Bapak dia marah nanti. Tau dia kata apa..." Takpa depa tak marah Aiihh "
Apa pendapat korang????
***Gambar tak da kena mengena dengan cerita, gambar naufal dan nabil..
***Gambar tak da kena mengena dengan cerita, gambar naufal dan nabil..