Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label memancing di sungai padang serai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memancing di sungai padang serai. Papar semua catatan

Rabu, 14 Julai 2010

Memancing lagi di kampung Padang Serai

Diantara aktiviti yang sering kami sekeluarga buat apabila balik ke Kampung Padang Serai, adalah memancing. Walaupun jumlah tangkapannya tak seberapa ( berbanding 20 tahun dahulu, semasa kecil ) tapi amat menggembirakan hati. Disamping dapat menghayati keindahan alam semulajadi....






Abah yang gembira bila nak pergi pancing...siap buat dengan buluh lagi...





Naufal pun minat mancing jugak..

Daud ( Pak Tam ) Achik dan Uqaiel...

achik yang suka bergaya ala-ala mengada...

Naufal yang tertarik dengan kambing ( tak tau kambing siapa, mungkin kambing mail pisha )

Safwan dan Uqaiel...

Daud dan anak-anak saudaranya..

Berlatarbelakangkan keindahan sungai padang serai...

Along, menunggu ikan....tapi hampeh..
Tu dia golongan mak-mak budak pulak sampai, memeriahkan lagi suasana...

dan yang pertama sekali diorang buat ialah.....bergambar...

Akhirnya...penantian berhasil jugak....hehehehe....


Kak Lili pun buat julung-julung kalinya memegang joran..berlatarkan keindahan...


Bagaikan pesta lagaknya...sungai yang mengalir lesu riuh rendah dibuatnya...

Orang lain sibuk memancing, Kak Ros pula bersyukur dengan keindahan alam ciptaan yang Esa dengan menghayati pemandangan sekeliling....dengan penuh perasaan..

Angah juga dapat ikan yang mana cuba menewaskan Along dan Safwan...
Akhir sekali, untuk kenang-kenangan, gambar dirakam berlatar belakangkan keindahan....

Safwan dan Kak Lili...

Aku dan famili, Nabil buat perangai tak mau bergambar...

Dalam banyak-banyak gambar, rasanya ni yang the best sekali....TErasa kedamaian dan keindahan Kampung Padang Serai...!!!

** Terima kasih tuk Daud, Imah, Pinny dan Adik diatas gambar yang cantik-cantik itu!!

Selasa, 16 Mac 2010

Memancing Di Sungai Kampung Padang Serai

14 Mac 2010 yang lalu, berlangsungnya satu aktiviti yang agak memberangsangkan, memancing di sungai belakang rumah Pak Can. Kami semua balik ke kampung kerana jemputan kenduri di rumah Mak Lang Rosnah ( mak mentua Kak Ros ) manakala ada yang balik sebab cuti sekolah sekarang ni. Diantara yang balik dan menjayakan aktiviti kali ni ialah Kak Long dan keluarga, abang Ngah dan keluarga( kak Lili tak ikut ), Kak Linda dan keluarga, Pinny, adik, Abah dan aku sekeluarga.

Pada malamnya aku dan adik berhempas-pulas menyediakan perambut dan joran ( terima kasih juga buat Dalilah dan pinny( buat air kopi )-sampai tidur pukol 2 lebih la....
Pada pagi esoknya ( cadangnya nak pergi lepas suboh, tapi kak Lili suruh makan breakfast dulu ) lebih kurang pukul lapan lebih kami semua pergi ke sungai belakang rumah Pak Can ( dekat jambatan UIE ). Semua berminat untuk ikut tengok saja pada mulanya, tapi semua boleh dikatakan memancing.
Walaupun hasil tangkapan tak berapa banyak dan tak berapa besar, ( serta empunya blog tak mendapat apa-apa habuan ) tapi amat berpuas hati sebab semua sporting untuk menjayakan aktiviti kali ni, sampai Kak Linda, Abang Yus, Abang Long dan Kak Long pun turut serta!!

Sampai pukul sebelas lebih kami pun balik.... Dengan tangkapan sebanyak 9 ekor..
Berikut adalah carta tangkapan ikan kali ini...

Abah - 1 ekor
Adik - 3 ekor
Kak Linda - 1 ekor ( dapat gak, jeles tol )
Safwan - 4 ekor ( ni yang tak puas hati ni dah la orang yang tolong bubuh umpan, lepas tu umpan yang dia bubuh sendiri pun alahai, cemetot je, macamana buleh dapat )

Abah, bersemangat dan yang mula-mula dapat ikan..

Pakai spek hitam lagi tu....

Abah, pelbagai gaya, tempat memancing...

Mula-mula sampai, malu-malu lagi, duduk-duduk dulu.....

Pegang-pegang ikan yang ditangkap...
Nun dikejauhan, family sapa tu????
Macam best je.....Nanti kita zoom...

Tu dia, Kak Long dan family... Best..!!
Tasneem dan Dalilah....Errr pandai ker tu??
Kak Linda dan family...Bersemangat...

Tersenyum...walaupun belum dapat ikan..dan kat sini jugak le Kak Linda dapat ikan( gambar tak de terdelete )

Adik dan Pinny...( pinny tu bukan pancing pon, berlakon je )
Ni yang tak puas hati, sempat lagi bergambar dan dapat ikan....Adik..
Pinny...Kata nak memancing??Adik....

Ni bukan memancing, ni bergambar namanya....

abah lagi...
Bergambar lagi...


Safwan dapat ikan....

Irfan, menangis nak balik....
Ikan yang dipancing....
Safwan, tak puas ati lagi.....
Naufal, anak abah, tunggu hingga ke akhir, sampai demam..
Masih sabar menanti......
Yang dinanti tak kunjung tiba....


Best aktiviti kali ni...next time buat lagi.....

Nabil pun merasa jugak memancing....
*** walau apapun terima kasih pada semua yang sudi bersama-sama menjayakan aktiviti kali ini.... Semoga acara yang akan datang mendapat sambutan dari semua...( lagi satu pasal joran tu , takpa aih hampa guna, nanti next trip pun Li akan sediakan semua alatan, yang penting semua join dan semua enjoi...!!)
*** Lagi satu nak bagitau kat Daud, yang pancing dia kami tak pakai sebab perambut dah habis. Bukan pe nanti dia kata pancing dia je pancing bertuah plak ( macam kat teluk senangin, sebab pancing dia yang Ijal pakai je dapat ikan )- semua pancing Abeli....hehehehe......

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails