Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Bubur Asyura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubur Asyura. Papar semua catatan

Khamis, 16 Disember 2010

Bubur Asyura

Bila tanggal 10 Muharram, teringat kisah silam semasa aku kecik-kecik dulu. Masih terasa kelazatan bubur asyura yang mak buat. Memang tak pernah 'miss' setiap tahun.Bubur boleh dimakan semasa cair ( bila masih panas ) atau masa dah keras ( dipotong macam kuih seri muka ). Boleh dikatakan masa tu memang tak tau pun bulan Muharram kalau mak tak masak bubur ni. Hahaha....

Ada satu cerita yang nak aku kongsikan kat sini. Masa tu kalau tak silap, Uztaz Azhari mengajar kat masjid Padang Serai, siangnya mak buat banyak bubur asyura ( kalau tak silap dalam dua talam ) sebahagiannya untuk disedekahkan untuk masjid. Mak pesan, nanti lepas mengaji, balik la rumah ambik bubur asyura. Nak jadi cerita malam tu pulak Tok Siak tak datang, jadi kunci stor pinggan mangkuk tak dapat dibuka. Aku yang agak bebal dan poyo, buat tak kisah je ( sebenarnya oleh kerana rasa malu yang tak kena tempat -aku pun tak tau sampai macam tu sekali kebodohan yang melanda ). Sampai orang semua dah balik, aku pun balik dengan selamba. Bila mak tanya aku cakap la yang Tok Siak tak datang jadi tak ada la pinggan tuk dihidangkan. Mak marah, mak kata kenapa tak balik ambik dengan pinggan sekali, sebab mak dah buat banyak. Aku tetap buat bodoh je.

Tapi sekarang aku tahu betapa menyesalnya diri ini. Jangan kata nak menebus balik kesalahan aku pada mak, nak rasa kesedapan bubur asyura masakan mak pun tak dapat.

Dalam waktu begini, aku masih rindukan bubur asyura masakan mak..!!

**Al-fatihah untuk arwah mak yang tercinta....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails