Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Gunting rambut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gunting rambut. Papar semua catatan

Isnin, 15 Ogos 2011

Gunting rambut lagi

Semalam bawak bebudak pergi gunting rambut. Rambut dah panjang sangat dah sampai masuk mata. Kalau dulu masa aku sekolah kalau rambut panjang, abah dah bising. Kata dia rambut panjang macam tarzan. Tapi masa tu mak yang potongkan.

Diorang ni pergi kedai India je potong...Uqaiel walaupun dah beberapa kali pergi potong rambut, masih belum dapat menyesuaikan diri, bila diselimuti dengan kain putih, rimas gamaknya...


Uqaiel, tolak kain putih yang digunakan untuk menyelimuti badan dia..

Kena pegang kepala dia bila nak digunting rambut, kalu tak dia tak diam..


Ni nak gunting kat belakang pulak..

Ok dah siap, tapi kena buang dulu rambut atas baju..



Jom balik...Happy je dia bila dah selesai..

Nabil pun potong rambut jugak...
Naufal pun...








***Settle satu kerja...raya nanti dah tak payah potong rambut dah, kalu tak jenuh beratur, ramai orang...

Selasa, 21 Jun 2011

Gunting Rambut

Bawak Naufal dan Nabil pergi gunting rambut di kedai mamak ( sebenarnya india, tak tau kenapa panggil mamak ) Diorang ni memang dari kecil dah bawa pergi ke kedai gunting rambut ni, jadi dah biasa. Inagt lagi masa memula, Nabil ada menangis jugak.


Naufal....dah biasa dah...



Nabil pun sama gak...



Nabil dah siap dah gunting...



Ingat lagi masa dulu, rambut aku dan adik-beradik digunting sendiri oleh mak. Sejak dari kecik lagi. Mak akan guna surat khabar untuk jadi pelapik badan pastu dia akan gunting dan cukur sendiri ( cukur menggunakan pencukur janggut yang guna pisau blade cap buaya )


Seingat aku sampai besar dalam tingkatan empat, mak masih lagi potong rambut kami. Lepas tu baru aku, yang kononnya rasa tak standard la sebab mak yang potong, sanggup pergi ke Pantai Remis, gunting rambut dengan mamak...


Rindu pulak rasa nak bergunting rambut dengan mak...


***Hanya Ijal je yang mewarisi bakat mak menggunting rambut rasanya...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails