Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Teluk Kemang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teluk Kemang. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mei 2011

Teluk Kemang

Pertama kali aku sampai di tempat ni, tempat yang selalunya agak popular bila umat Islam nak menyambut bulan Ramadhan dan hari raya, Teluk Kemang. Sebelum ni yang terlintas difikiran tentang Teluk Kemang hanyalah kawasan pantai yang penuh dengan semak samun, yang mana kedudukan pantai yang agak tinggi yang tak sesuai untuk bermandi-manda. Di sana terletak satu menara usang ( sebab dah lama )untuk melihat anak bulan.

Nampaknya tanggapan aku salah sama sekali..hehehe...sekali. Teluk Kemang seperti pantai-pantai peranginan yang lain, yang mana aktiviti laut berjalan, samada bermandi-manda, naiki bot dan sebagainya. Kawasan pantainya yang landai dan luas, membolehkan ianya dipenuhi oleh orang ramai pada hujung minggu. Di sini pertama kali aku tengok ada peniaga yang menyediakan meja kerusi beserta khemah untuk disewa pengunjung. Idea yang bagus..!!! Puluhan khemah beserta kerusi meja tersedia untuk pengunjung. Tapi kalau nak digunapakai di pantai-pantai di Pulau Pinang, aku rasa tak sesuai, sebab pantainya yang kecil dan terlalu dekat dengan air.





Pertama kali sampai...

Kelihatan, khemah untuk disewa pengunjung..





Naufal sempat lagi melakarkan sesuatu di pasir...



Kereta..!!!




Terdapat banyak gerai-gerai menjual pelbagai cenderahati dan makanan..



Kat sini juga sedang berlangsung Karnival Jom santai Teluk Kemang...
Macam biasalah beli mainan...







Satu brader yang mempromosikan mende alah ni..( tak ingat apa nama dia )




***Best jugak kat sini, tapi bab makan tak boleh la, diorang masak pedas sesangat....


Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails