Ni gambar kami kat rumah Kakak Abg Yus, Kak Ayu di Tamn Saujana Utama, Sungai Buloh....Acara makan-makan yang telah disponsor oleh Abg Yus( menantu Haji Amir, suami kepada Fazlinda Amir ) tapi buat kat rumah kakak dia sebab keluasan rumah yang lebih besar.
Adik- beradik kami yang datang berjemaah menghabiskan makanan ialah, Ijal ( Faizal Amir ) dan family temasuk adik ipar dan sepupu dia,Adik ( Faiez Amir ), Ayman( anak saudara ) Imah ( Fatimah Amir ). Daud ( Firdaus Amir ) pun nak datang tapi sampai lambat, jadi dia terus ke rumah Kak Linda.
Lauk-lauk yang disediakan ialah satay,mee & kuetiaw goreng, sambal pedas, masak lemak ikan kering, rendang daging, ayam masak kicap, sambal tumis udang, lontong, pulut & ikan keli bakar..Nyum..nyummm!!!
Acara bermula selepas maghrib tapi kami sampai dalam pukul 9.30 ( memang sesuai untuk menjamu selera )..Selepas berhempas pulas menghabiskan makanan, dalam pukul 11.30..malam, kami pun bertolak balik, dengan keadaan kekenyangan.....
Di antara juadah yang dihidangkan...

Semuanya lazat-lazat belaka.......

Ni nampak tekun ni, menyediakan juadah ke, menghabiskan juadah...hehehehe

Fildza dan Ummi dia, Kak Linda....

Tak padan ngan kecik, Basyirah menambah nampak....sambil dilayan oleh Kak Linda...

Tu dia, bebudak yang memeriahkan suasana...Basyirah dan sepupu-sepupu dia...

Fildza....mmmmm..sedapp.....Yang tepi kanan berbaju Oren bertudung hitam tu la Tuan Rumah, Kak Ayu....

Kak Ju (kaka Abang Yus ) tersengeh, sambil diperhatikan husben dia kat belakang ( berbaju pagoda putih, berseluar yengki...hehehehe...jangan marah Bro...




