Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 20 Julai 2011

Perancangan Ramadhan

Assalamualaikum... Pada penghujung bulan Syaaban yang penuh barokah. Kesibukan yang melampau yang membuatkan tak berkesempatan untuk melawat blog sendiri, apatah lagi blog teman-teman.




Tak lama lagi, Ramadhan yang mulia akan menjelma. Seperti tahun-tahun yang lepas, kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai di kampung macam kat sini dan sini. Setelah mendapat maklum balas daripada anak-anak Haji Amir, setelah seminggu SMS diberikan berkenaan hal yang tersebut, sebulat suara memilih tarikh 6 dan 7 Ogos untuk kami berkumpul di rumah Ayahanda tercinta.


Seperti tahun-tahun yang lepas, kami berkumpul beramai-ramai...



Haji Amir juga dah dihubungi untuk beliau membuat tempahan untuk membuat majlis More di masjid pada malam 7 ramadhan. Oleh itu anak-anak Haji Amir diminta memberikan cadangan untuk ;



1) Juadah untuk berbuka pada 6 Ramadhan ( samada masakan atau kuih muih yang nak dibeli atau air )




2) Juadah untuk jamuan More di masjid. ( samada nak masak sendiri atau nak oder )



Untuk pengetahuan, untuk juadah berbuka puasa, tuan empunya blog mencadangkan ikan keli/ayam panggang/barbeque. Disamping laksa mi yang dibeli di Pasar Ramadhan Pantai Remis ...nyum...nyumm...( teristimewa untuk Ijal...heheheh )



Untuk jamuan more pula, Haji Amir, awal-awal lagi dah mencadangkan untuk membuat tempahan Nasi Ayam...hehehhe...




***Segala cadangan amat-amatlah di wajibkannn....hehehehe..

Jumaat, 8 Julai 2011

Keajaiban Nombor di dalam Al-Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang Cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, Astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali


MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali


HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali


FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali


UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali


IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali


BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali


BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali


ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali


MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali


EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali


KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali


ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali


MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali


LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali


NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali


BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali


KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali


MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali


LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali


SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali


LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT Dan DARAT = 32 + 13 = 45


Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus


Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111
Peratus daripada bumi Dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah
Kebesaran Dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada ¡§The
Series Of The Scientific Miracles In Quraan,?oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.



**Subhanallah.....

Rabu, 6 Julai 2011

Aku terima.....Hadiah !!!

Baru je aku nak keluar dari office, nak pergi melawat tapak ( site ), posman datang. Sekali aku tengok satu kotak besar...dan dia menyebut nama aku. Uih.!!! besarnya bungkusan. Baru aku teringat yang aku ada dapat hadiah dari kawan sebloger, Cik Li .


Heheheh....terasa hepi pulak di pagi-pagi yang suram ni, bila dapat bungkusan.


Bila balik rumah, aku baru bukak. 2 bungkus keropok ikan.!!..Terima kasih la Cik Li, di atas hadiah tu. Terharu aku dibuatnya...


Bungkusan yang dihantar Encik Posmen..


2 bungkus keropok ikan...

Keropok Mek Yah, Pengkalan Setar..


***Tak berkesempatan lagi untuk merasa keropok ni...Hehehehe....Terima kasih daun keladi..!!!

Selasa, 5 Julai 2011

Hari Lahir Uqaiel

Hari ni 5hb Julai, genap umur Uqaiel 2 tahun. Muda sikit dari umur blog ni. Semoga menjadi anak yang soleh..!!!



Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails