Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Anak-anak Ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak-anak Ku. Papar semua catatan

Isnin, 9 Februari 2015

Selamat Datang Puteri Ku..

Assalamualaikum...
Dah berbulan-bulan rasanya aku tak update blog. Sampaikan seorang kawan menegur kenapa lama tak update...( terima kasih kepada silent reader Encik Md Rizal )...Membuatkan aku rasa macam terjaga dari tidur yang agak panjang...Memang banyak benda yang aku nak coretkan, cuma keadaan tak mengizinkan. 

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana telah melengkapkan keluarga aku dengan kehadiran seorang Puteri buat kami sekeluarga pada 20 Disember 2014 yang lalu. Mungkin itu salah satu sebab kenapa sekian lama aku tak dapat update kat sini. 
Sekali lagi perasaan berdebar-debar yang sama ketika menunggu kehadiran 3 anak yang terdahulu aku lalui. Tapi lagi hebat debarannya kerana dulu aku boleh bersama dengan wife dalam labour room, tapi yang ni tak boleh sebab kena operate. Aku hanya menghantar dengan pandangan sayu dan doa je.

Terima kasih buat semua saudara-mara yang datang melawat waima dari jauh. Semua ucapan tahniah hanya layak diterima oleh Cik Wife yang bersusah payah melahirkan anak kami yang keempat ni. Dan terima kasih jugak buat anak-anak yang banyak membantu. Dah boleh menolong dah abang-abang ni, sidai kain, angkat kain, pergi kedai.Ingat lagi malam 20 hb tu lebih kurang pukul 11.45 malam, 3 orang anak lelaki aku ni la yang sama-sama tolong basuh dan menanam uri di kawasan perkuburan, nanti boleh ceritakan kepada adik perempuan depa bila dia dah besar.

Alhamdulillah...sekali lagi kerana melengkapkan kami dengan kehadiran Puteri bernama Dhia Irdeena....

Saat yang sangat mendebarkan...mata tak lepas dari memandang...

Semasa baru berusia beberapa minit..

Kegembiraan yang terpancar dari wajah abang-abang...


Tok we dan Mak Tok yang datang melawat...terima kasih..
Tok Wan dari Perak pun datang dengan kakak dan adik-adik serta anak saudara...Terima kasih...

Dhia lah pelengkap hidup kami...

Sabtu, 25 Januari 2014

Pergi Sekolah

Beberapa hari lepas, aku pergi ke sekolah Naufal & Nabil kerana dipanggil untuk mengambil wang bantuan kerajaan untuk pelajar sekolah bernilai RM 100 setiap pelajar. Semasa sampai ke kelas Nabil, aku tengok dia leka bersembang dengan kawan sebelah dia, sedangkan cikigu sedang memberi arahan supaya mereka membaca buku...Nabil masih terus bersembang...hei, dia ni la....Beberpa minit lepas tu baru dia perasan yang aku tengah tengok dia...

Masa jumpa cikgu kelas dia, cikgu bagitau yang dia ok, tak bising dalam kelas. Aku cakap kat rumah dia la yang paling banyak cakap sekali....

Masa aku ke kelas Naufal pulak dia tekun tengah buat kerja sekolah...hehehe....Lepas ambil duit, cikgu benarkan bawak balik diorang. diorang ajak pergi makan aiskrim la pulak....hehehehe...Layan aiskrim dulu sebelum hantar diorang balik..!

Selphy...Tunjuk duit seratus yang diterima...


 Layan diorang makan aiskrim....


***Lazatt....
***Untuk semua AJK, petang ni ada mesuarat PIBG, jangan lupa..nak pi kenduri dulu...

Jumaat, 28 Jun 2013

Anak-anak

Satu yang bagus dengan Nabil walaupun dia banyak cakap, dia akan tulis apa yang dia nak buat. Kalau dia nak beli apa-apa pun dia akan tulis pastu bagi kat aku secara rahsia, katanya ini sms...Kalau dia main dengan adik atau abang dia pun dia suka lukis dan tulis.

Yang kat bawah ni nak bagitau apa yang perlu disediakan untuk persekolahan keesokan hari.



Mula-mula tu terfikir jugak, apa dia yang ditulis, potong, setep, gam dan gunting. Gam dan gunting tu memang dah faham, tapi apa dia potong dan setep tu?...

Rupa-rupanya fotostat/photostate..!

Nabil, Nabil......

Selasa, 2 Oktober 2012

Kisah Naufal

Naufal balik sekolah terus bising, bagitahu yang hari ni dia dapat hadiah hari ni pertandingan mewarna. Siap naik pentas lagi. Dia dapat hadiah pensel warna dan warna crayon. Tapi yang lawaknya ialah, dia bagitahu yang dia terkejut bila cikgu sebut nama dia masa perhimpunan. Katanya jantung dia dup-dap, dup-dap bila cikgu panggil nama dia.

Lagi satu bila ditanya, Naufal dapat nombor berapa pertandingan mewarna ?. Dia jawab darjah satu dapat nombor satu, darjah dua dapat nombor dua, darjah tiga dapat nombor tiga....Nampak sangat dia tak tahu dapat nombor berapa....

Apapun tahniah diucapkan kepada naufal...!!



***Dah dua malam Naufal bersenam kat rumah, katanya nak kuruskan badan sebab kat sekolah orang panggil dia gemuk...Selamat berjaya menguruskan badan...!!

Sabtu, 7 April 2012

Minat Anak-anak

Gambar ni memang dah lama dah. Masa tengah menyelongkar khazanah komputer terjumpa pulak gambar ni. Rasanya masa ni tahun 2008, Naufal tiga tahun dan Nabil pulak dua tahun. Ni masa mula-mula diorang guna kaler air.

Memang tak nampak apa yang diorang lukis. Abstrak agaknya...hehehehe....

Saja bagi diorang pendedahan awal tentang kaler air ( water colour ). Masa ni nampak kecik je diorang. Sekarang ni badan melawan-lawan sama naik. 

Bersemangat....walaupun hanya memakai pampers...( Nabil )

 Gaya mencampur kaler...macam pro..





 Hasilnya....Naufal
 Nabil...

 Akhirnya tertidur keletihan.....
***Semoga berjaya..!!

Khamis, 31 Mac 2011

Anak-Anak dan Basikal

Anak-anak...ya anak-anak aku ni bila time diorang main basikal, memang tak ingat dunia dah. Hujan ke panas terik ke, asyik main je ( nama pun budak-budak kan )...
Uqaiel, walaupun tak boleh berbasikal, tapi dia yang paling menyibuk...

Naufal dan Nabil...jangan tiru mat rempit ok...


Uqaiel pun nak ikut sekali ronda-ronda...pegang kuat-kuat...


Sampai nampak punggung tu...

Kalau dah letih, lepak dulu....


***Itu la aktiviti diorang kalau ke rumah Mak Tok...!!!

Jumaat, 24 Disember 2010

Lagi Anak-Anak

Ni masa pinjam kereta Kak Lili ( dia pergi Mekah )...

Naufal
Nabil dan Uqaiel..

Uqaiel..

**Saja le takda apa nak buat...ari ni balik awal katanya( sebab chrismas eve ) tapi tak balik pun lagi....

Selasa, 25 Mei 2010

Anak-Anak ku....

Takde apa yang hendak diperkatakan, cuma nak berkongsi aktiviti anak-anak di masa lapang.

Naufal dengan lukisannya, mula-mula dia kata tu gambar abah, lepas tu dia kata yang tu dia pulak....

Yang ni pulak gambar kami sekeluarga, dari kiri; abah, naufal, uqaiel, nabil dan ummi.

Ni pulak nabil yang lukis, dia kata ni gambar ummi...

Ni pulak aktiviti waktu malam, mengaji....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails