Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Waktu makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Waktu makan. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2011

Perasaan Enjoy Sewaktu Makan

Pagi memang aku bersarapan seorang, samada makan kat rumah, makan kat kedai atau selalunya beli bungkus makan kat pejabat semasa awal pagi sebelum orang lain sampai. Waktu tengahari selalunya aku makan seorang je, macam orang bujang. Lepas makan pergi masjid. Sekali sekala je makan dengan member office, cliant, kontraktor dan kadang-kadang dengan Cik Wife.



Terkadang masa aku makan, telinga yang tak bertutup ni terdengar jugak apa yang orang sekeliling sembangkan. Walaupun yang bersembang tu kumpulan orang lelaki, tapi bermacam-macam persoalan dan masalah yang diorang lontarkan. Terasa macam diorang tu orang perempuan pulak. Mana taknya, selalunya orang lelaki mana nak bincang pasal umpat-mengumpat ni, tapi bila dengar semua tu, baru tahu terkadang sama saja walau berlainan jantina. Cerita pasal boss diorang la, staff buat perangai la, orang naik pangkat la dan bermacam-macam lagi. Sampaikan rasa masa diorang makan tu macam tak enjoy dengan rezeki yang terhidang. Rasa macam bebanan/tension pulak bagi diorang.


Aku senyum je dengar semua luahan tu....Sekurang-kurangnya aku dapat makan dengan aman tanpa ada gangguan disamping dapat mendengar hiburan sikit dari perbualan diorang..!!!




***Bersyukur dengan apa yang ada...dan selamat makan tengahari..!!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails