Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Mengkuang Dam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengkuang Dam. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Oktober 2011

Mengkuang Dam

Gambar ni memang dah lama dah, sayang pulak rasanya kalau tak publish kat sini ( tapi dah letak dalam FB )..Bukan apa masa tu ( 2010 ) rasa eksaited sangat bila terdengar tentang Mengkuang Dam ni ( walaupun setelah duduk di Penang hampir 13 tahun, baru tahu tentang kewujudan adanya Empangan ni di Penang melalui FB member ). Memang berkobar-kobar nak pergi.
 
Memang best kat sini, mendamaikan...
Sementelah pula Cik Wife dapat undangan kenduri kahwin kawan dia kat Jalan Sungai Lembu, Seberang Perai, jadi memang bagus sangat la nak pergi sini. 

 Walaupun kami pergi agak lewat, tapi memang meriah. Ramai sungguh orang kat sini, ada yang jogging, ada juga pengantin baru yang buat 'photo shoot', ada yang bagi makan ikan dengan roti dan ada yang memancing secara sembunyi-sembunyi ( kerana kawasan larangan memancing ) 

Memang bebudak suka, apatah lagi dapat tengok ikan-ikan di air yang jernih..


Diorang meragam sebab tak de roti tuk diberikan kepada ikan...

Nabil pun tak larat, tapi Uqaiel ok je..









***Memang best kalu datang sini, lagi best kalu dibenarkan memancing...!!!!...
Gambar di ambil oleh Cik Wife...Thanks..!!

Ahad, 7 November 2010

Mengkuang Dam

Pada 23 dan 24 Oktober yang lalu, kami sekeluarga telah berkumpul di rumah kak Lili/Adik di seberang jaya, Pulau Pinang, untuk berkumpul sambil membuat sedikit kenduri tuk kak lili sekeluarga yang dijadualkan bertolak ke Tanah suci mekah.

Pada sebelah petang selepas kenduri, kami sekelurga telah membuang masa yang terluang dengan pergi bersiar-siar di Empangan Mengkuang.
Oleh kerana kami keluar dari rumah boleh dikatakan agak lewat, lebih kurang 6 lebih, jadi waktu yang kami habiskan di sini pun hanyalah sekejap. Baru nak bersantai dah nak masuk maghrib.
Diantara faktor yang kenapa kami keluar lambat punyelah banyak... Hehehehe...

Abah yang berkeras tak nak pergi, pada mulanya...Tapi setelah dipujuk oleh adik dan Ijal..


Apa yang disembangkan oleh Abah dan kak Linda sampai tersengeh tu...


Basyirah dan Iman...


Ijal dan family



Pasangan bercinta...Abang Lang dan Kak Ros....Cewahhh..



Bersantai di tepi tasik, sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan..



Gambar sekeluarga mula dirakam sebelum hari gelap
Bila azan maghrib bergema, kami semua meninggalkan Empangan Mengkuang menuju ke masjid yang berhampiran, menyahut panggilan Si Pencipta...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails