Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru....

Selamat hari guru, buat semua gugu-guru yang sedang menabur bakti atau yang telah menabur bakti kepada anak bangsa. Post kali ni aku nak tujukan kepada salah seorang Cikgu aku masa sekolah rendah, yang mana dia kini masih menjadi guru dan menjadi rakan sosial facebook aku ( cikgu-cikgu yang lain takde facebook kot, tak nampak pun )


Gambar ni di cilok dari facebook Cikgu Zainuddin tanpa kebenaran beliau...hehehehe


Nama beliau ialah Cikgu Zainuddin Bin Abdul Rahim. Dia menjadi guru matematik semasa mengajar aku di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar ( lebih kurang 23 tqhun yang lalu ). Dia seorang yang mengambil berat kepada setiap anak muridnya, walaupun dia bukanlah guru kelas aku. ( Untuk pengetahuan, guru kelas aku berbangsa india yang mana sering kesukaannya menampar pelajar, walaupun kesalahannya hanyalah sedikit, termasuklah aku )

Beliau walaupun nampak macam garang, tapi amat baik hati ( bak kata kumpulan jambu, "Muka legend tapi hati jambu.." ) Aku ingat lagi semasa tu aku kerap diserang sakit mata ( mata bertahi dan susah untuk membuka mata ) Beliau lah yang selalu letakkan ubat mata bila di sekolah. Maklumlah orang kampung yang agak susah masa tu mana mampu pergi ke kelinik, hanyalah menggunakan ubat-ubat tradisional.

Untuk cikgu Zainuddin, moga yang terbaik buat cikgu. InsyaALLAH doa buat cikgu tak lupa aku titipkan. !!

***Adik aku Faizal dan Fazni pun cikgu gak. Kak Long ( Faizah ) yang juga bertitle pendidik ( pensyarah di Politeknik )Begitu jugak dengan ipar aku, Ahmad Badrin ( abang lang ) dan Farha ( isteri faizal )....Kalian pun aku ucapkan Selamat HAri Guru...!!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails