Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Uqail nabhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Uqail nabhan. Papar semua catatan

Selasa, 2 Februari 2010

Uqaiel Dah pandai Menyulur..

Ahad lepas ( 31 Jan 2010 ) Uqaiel Nabhan dah pandai menyulur. Habis satu rumah dia jelajah. Bawah meja, bawah kerusi....

InsyaAllah raya cina ni nak balik kampung, habis la kena tutup pintu rumah abah, kalu tidak mesti sampai ke luar rumah...

Walaupun begitu, gambar-gambar taklah menunjukkan dia sedang menjulur, tapi gambar sebelum nak mandi....



*** Lagi satu PENGUMUMAN buat semua anak, cucu dan menantu Haji Amir...InsyaAllah Pada 15 Feb 2010 bersamaan 1 RabiulAwal 1431 ( Isnin ), rancang nak pergi berkelah di Teluk Senangin ( berdekatan Damai Laut Resort ). Sila beri cadangan tentang apa yang kita nak bawak ( makanan ), persiapan, pembahagian tugas dan juga apa aktiviti. Kita ada masa 2 minggu untuk sampai ke tarikh tersebut.
Kena rancang betul-betul sebab kata Adik kita kena sampai awal untuk memilih tempat. Cadangan kena bertolak pada pukul 7.30pagi, jarak perjalanan lebih kurang 15 - 2o minit.
Manakala tiupan angin selaju 10 batu nautika dan ramalan cuaca panas....He...he...he...
Lagi satu, cadangan kutipan RM 50 ( pada sesiapa yang pergi je la )untuk menyediakan barang-barang makanan.
Sekiranya ada apa-apa cadangan sila berikan diruangan komen....
Semua anak, cucu dan menantu Haji Amir dijemput hadir...!!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails