Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label lepak tepi pantai sungai pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lepak tepi pantai sungai pinang. Papar semua catatan

Rabu, 17 Ogos 2011

Lepak Tepi Laut Sungai Pinang

Tak buat apa, lepak-lepak di tepi laut di Sungai Pinang. Aku bawak sekali anak saudara aku, Safwan dan Irfan. Kat sini petang-petang ada aktivity memancing. Ada melayu, cina dan india yang memancing kat sini dan mereka bersembang antara satu sama lain begitu akrab, pada pandangan aku. Sementelah pula semuanya bersembang menggunakan loghat utara/penang. Ada yang siap membawa anak cucu dan memperkenalkan kepada kawan-kawan.

Naufal, Nabil dan Irfan kehulu-kehilir memerhatikan ikan apa yang diorang daratkan. Memang tak tau penat diorang ni.



Diantara pemancing-pemancing...

Ada sorang Uncle yang bagi ikan kat diorang...


Memang seronok habis la, walaupun dapat sekor ikan kecil...


Safwan...






***Nasib aku tak bawak pancing...hehehhe

Isnin, 18 April 2011

Lepak Tepi Pantai Sungai Pinang

Aku sekeluarga pergi melepak di tepi pantai di Sungai Pinang selepas pergi makan kenduri di rumah Man ( biras aku ). Lepak-lepak lepas pergi Bukit Bendera, masih belum dibuka. Saja tengok gelagat orang memancing( ramai gak )... Naufal dan Nabil yang teruja, ke hulu ke hilir tengok pakcik-pakcik yang memancing, bila diorang dapat ikan, sibuk la bertanya itu-ini...

Aku, Cik Wife dan Uqaiel, duduk sambil menikmati suasana sekelilng...

Kapal korek, aku rasa...

Pancing...ntah sapa punya...

Uqaiel, yang tak mau berenggang..


Lepas tu pegi makan kat Favorite Strawberry....

***Hari yang santai...lepas lagi satu hari....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails