Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Telur palsu.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Telur palsu.... Papar semua catatan

Khamis, 28 April 2011

Wahai telur, kau palsu ke ori..??

Pagi ni pergi beli makan kat satu gerai kat Transfer Road. Aku beli dua nasi lemak bungkus ( makan kat office ). Macamana rasa teringin nak makan dengan telur rebus, aku ambil sebijik. Dah bayar semua, terus pergi office.

Mestila baca bismillah dan doa, aku pun makan la nasik lemak tu. Aku kopek la telur rebus yang aku beli tadi. Bila dah bukak, konon-konon nak cek la samada telur tu telur palsu. Belek kiri, kanan, atas bawah telur tu takde lekuk ( untuk udara ). Terus la bukak telur putih tu, sebab diorang kata ( diorang kata la, bukan aku kata ), kalau telur palsu ada selaput hitam kat telur kuning tu...
Memang ada!!!...aku dah kena dah la...Terbeli telur palsu. Terus buang la jawabnya..Memang Penang yang dapat trace dulu tentang telur palsu ni, negeri lain aku tak tau la ada ke takdak. Pasal ciri-ciri telur palsu ni pun aku baca kat blog member, Cik Att. Tapi tak sangka pulak aku buleh dapat. Aku rasa memang gerai yang jual nasik lemak tu tak tau, diorang main beli je, apatah lagi kalau dapat murah. Nanti aku slow talk ngan broder gerai tu, ada gak aku jumpa dia kat mesjid sembahyang zohor...


Aku belek, kiri-kanan takdak pun lekuk udara...


Kat dalam pulak, selaput hitam di luar telur kuning..

( meyakinkan lagi, ini adalah telur palsu )


*** Tengok la nanti macamana aku nak report ke tak ke persatuan pengguna....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails