Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 31 Januari 2011

Ni la kerja aku

Bila dah nak dekat Chinese New Year ni aku pun mulalah sibuk, sebab nak siapkan rumah atau dekorasi dalaman sebelum client nak menyambut depa punya raya. Walaupun sibuk, tapi dah macam terbiasa pulak rasa mood nak bercuti tu membuak-buak dan rasa gembira pun ada bila ada kontraktor-kontraktor yang menghulurkan sampul berwarna merah ( nak bagitau la, ni bukan rasuah ha...sebab kalau depa bagi ke tak bagi ke, boss yang tentukan samada diorang yang akan dapat projek ke tak..)..
Lagi satu perasaan aku agak takut pun ada, sebab ada rumah yang belum siap, lepas tu kontraktor pulak cuti lama, takut-takut ada lagi orang yang akan memecah masuk site yang aku handle. Sbagai contohnya, rumah yang akan aku tunjukkan nanti ( rumah seorang Tan Sri ).. yang mana rumah dia dah pun dimasuki pencuri yang melesapkan semua cable elektrik dalam rumah tu...
Sebelum..
Selepas...
Belakang rumah yang baru dinaikkan dinding setinggi 7 kaki ( sebelum ni hanya ada pokok-pokok pagar je yang mana orang boleh masuk )
Ni pulak siling di tarik untuk diorang mencuri semua kabel elektrik...
Siling yang dirobek-robek..habis semua kabel kena curi...

*** Harap-harap cuti raya cina ni tak ada apa yang berlaku, kerana aku dah cuba sedaya upaya agar diorang( sampah masyarakat ni ) tak lagi berjaya masuk...

Sabtu, 29 Januari 2011

Ujian rasanye..

Apa rasa kalau segala perancangan anda di kondem......walaupun hanya perancangan...tapi ianya macam sesuatu yang aku sangat harap-harapkan...

Tapi, oleh kerana sokongan semua, adik-adik, kakak-kakak dan keluarga, aku jadi tambah bersemangat......

Anak Haji Amir..!!! Gambatte....!!!!!!....( ntah apa maknaya, aku pun tak paham )

Rabu, 26 Januari 2011

Hari Jadi Nabil

Minggu lepas ni harijadi Nabil, 18 hb. Hari ni baru ingat nak buat entry pasal ni( takut nanti bila dia dah besar, dia tengok blog ni, kecik ati tak cerita pasal harijadi dia )
Tak buat apa cuma tempah kek dan hantar ke sekolah diorang...Happy belated birthday Nabil!!

Muka diorang yang teruja tengok kek BEN 10...


Sebab dua-dua orang sambut pada bulan yang sama, so beli satu kek je, share, jimat...


Ni pulak masa bersiap-siap nak pergi sekolah...


Selasa, 25 Januari 2011

Suatu Pagi di Teluk Ayer Tawar, Butterworth

Disuatu pagi yang dingin, sesudah balik dari sembahyang subuh dari surau, kami mengambil keputusan untuk meronda-ronda di kawasan persekitaran sambil menerai memandu kereta baru Ijal... Tanpa arah dan tujuan, aku selaku penduduk Pulau Pinang, menjadi pemandu pada mereka...Sebenarnya aku pun tak berapa tahu jalan kat Seberang Perai ni...

Teruskan memandu sampai la nampak satu kapal terbang lama di depan Kem Tentera Udara Teluk Ayer Tawar...Mengambil keputusan untuk berhenti dan memasuki kawasan tersebut.

Setelah parking kereta, aku terus pergi ke Pondok Pengawal, nak mintak izin tangkap gambar. Mamat askar tu jawab, kalau nak tangkap boleh, tapi jangan menghalakan kamera ke arah kem ( maknanya kamera hanya boleh dihalakan ke arah jalan sahaja ) untuk faktor keselamatan..

Ni lah antara gambar yang kami rakamkan..

Kalau tak silap jet ni buatan Rusia ( dalam kategori -MI )tahun 50an...


Naufal yang hairan...



Daud yang main tipu, memula pakai kain tapi bila sampai bukak kain, tengok dia pakai seluar kat dalam...

Bergambar di tepi jet...


Masuk dalam serombong da...


Kamera yang digunakan, Canon dan Nikon...


Ijal yang berkain pelekat, konon-konon pakai seluar la...



Ni macam nak memulakan suatu ritual je..???


Tu dia dah gulung kain pulak...


Safwan mengajar bapak-bapak saudara dia tiru gaya sivaji tha boss..


Kala, kala, kala, kala......


Tu dia diorang mula dah upacara....

Melompat....
Sambil diperhatikan oleh Naufal kehairanan...

**Aktiviti ni dijayakan oleh, Daud, Adik, Ijal, Safwan, Along, Naufal dan empunya Blog...hehehehe
Lagi satu, mamat askar tu di beritakan telah mengambil MC pada keesokan harinya kerana terkejut melihat telatah kami.....

Ahad, 23 Januari 2011

Perancangan Aktiviti Cuti Chinese New Year

VENUE AKTIVITI
BBQ-halaman rumah haji amir
Memancing-Lombong Batu 25 Sungai Rotan


CADANGAN AKTIVITI
  • BBQ (cadangan kak lili)
  • memancing (cadangan abang li)
  • cabutan bertuah(cadangan abang li)
  • breakfast kat lombong(cadangan abang li)
  • senam robik(cadangan kak linda)-akan dipertimbangkan,mengikut kesesuaian tempat & masa
  • sukaneka(cadangan Daud)-akan dpertimbangkan
  • meneka gula-gula dlm botol(cadangan kak lili)-untuk bebudak

MENU BBQ

  • kambing
  • ayam (3 ekor)
  • sotong (2 kg)
  • ikan temenung@ keli
  • udang (2kg)
  • hotdog
  • jagung
  • kerang

MENU BREAKFAST (Aktiviti memancing)
  • air teh @ milo
  • nasi lemak (beli di pengkalan baru)
  • kueh (tempah kat mak lang)

HADIAH YANG DISEDIAKAN

  • cabutan bertuah(aktiviti BBQ)
  • memancing
  • pertandingan meneka gula-gula dalam botol(aktiviti BBQ)



TENTATIVE PLAN

KHAMIS (3/2/2011)
Siang
  • ketibaan anak-anak haji amir dari bandar ke kampung
  • cari barang-barang untuk hadiah(hamper)

Malam

  • tangkap ayam yang tengah bertenggek kat atas tangga rumah orang sebelah

JUMAAT (4/2/2011)

Siang

  • beli barang-barang utk BBQ
  • sediakan bahan untuk perap

Malam

  • 8.00(selepas magrib) = start membakar
  • 9.15(selepas isyak) - 11.30 = majlis makan malam,cabutan bertuah,pertandingan meneka gula2 dalam botol, penyampaian hadiah

SABTU (5/2/2011)

Siang
  • 7.30 = bertolak ke destinasi memancing
  • 8.30 - 10.30 = pertandingan memancing (bilangan ikan yang menentukan juara joran akan dikira dalam tempoh ini sahaja)
  • 10.30 - 11.00 = kira hasil tangkapan, penyampaian hadiah
  • 11.00 - 11.30 = kemas & siap untuk balik umah
  • 12.00 = makan kenduri
Malam
  • aktiviti bebas

Note

  • kerusi akan disewa sebanyak 20 (mungkin daripada masjid) untuk aktiviti BBQ
  • abg li-cari cacing/cengkerik untuk memancing
  • Syarat2 pertandingan memancing-kemenangan akan dikira mengikut pungutan hasil tangkapan ikan yang paling banyak (saiz ikan akan diambil kira- exclude ikan kecil)
  • kutipan sebanyak RM150 setiap keluarga
  • peralatan memancing disediakan penganjur

*meeting plan telah dihadiri oleh abang li, kak lili, safwan dan imah bertempat di rumah kak lili pada ari sabtu bersamaan 22 Jan 2011, jam 2pm-3.30pm.

*post ni telah disediakan oleh IMAH/fatimah hj amir- selaku setiausaha :)

Sabtu, 22 Januari 2011

Mengidam Tepung Bungkus Mak Lang..!!

Pergi pasar malam, nampak ada satu makcik jual tepung bungkus. Rupa dia ( bukan makcik tu la, tepung bungkus tu ) macam best je. Teringat dulu rasanya arwah mak pernah jugak buat kuih ni. Tapi selepas mak tak de, rasanya Mak Lang Rosnah ( Mak Mentua Kak Ros ) yang memang buat kueh untuk dijual di kedai Berahim. Kueh tepung bungkus dia, perghhh....lengkap, dengan lemak, manis, berminyak, bau daun pisang.....

Selalu kalau pergi kedai di Penang, kadang-kadang tanya jugak kalau ada tepung bungkus. Tapi tengok bungkusan luar dia dah tahu tak dapat menandingi kueh tepung bungkus kesukaan, buatan Mak Lang. ada yang nampak ok, tapi bila makan, fail..!!!

Apa-apa pun Chinese New Year ni aku nak balik, nak suruk Mak Lang buat kueh tepung bungkus kat aku...Ni dah rasa macam mengidam tahap lapan bulan dah...!!!!

Ni la Mak Lang Rosnah aku....

** Sekarang satu dunia dah kenal Mak Lang yang memang terror buat kueh Tepung Bungkus...Harap-harap ada diskaun...hehehehe..( tak tau la dia nak buat ke tak )

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails