Hari tu, pergi ke rumah mertua di Tasek Gelugor, waktu tengahari carik kedai makan tuk beli lauk. Jalan sampai ke Permatang Bertam, Kepala Batas ( Tempat Pak Lah ni ). Nampak satu kedai ikan bakar yang agak ramai orang yang makan kat dalam dia. Nama kedai tu Restoran Ikan Bakar Din. Terus singgah, pilih lauk-pauk, bungkus bawak balik ( tak boleh makan kat situ, sebab bawak bebudak sekali )



Memang la kedai tu best, ikan siakap, kerapu bakar besar-bear belaka, sotong udang bakar. Lauk pauk yang banyak dan beraneka.


Tapi satu je aku tak suka.. Tentang kebersihan. Bukan kedai tu tak bersih, tak... Tapi depan kedai tu ada satu longkang besar ( mungkin dulu ianya anak sungai ) Air sungai tu kotor sangat. Dah la dalam sungai tu banyak ikan yang berenang-renang ( memang ikan berenang bukan berjalan )Salah satu punca sungai tu tercemar ialah kedai makan tu sendiri...
Tempat air basuh tangan..bila kita basuh tangan, air tu terus masuk ke dalam longkang tu...

Yang ni lagi teruk, aku rasa air basuhan pinggan beserta sisa-sisa makanan terus dialirkan ke longkang..walaupun dia tadah dengan bekas, tapi segala minyak, sabun tetap masuk ke longkang..


Segala sampah yang dibuang ke dalam longkang...aku kata sampah tu datang dari kedai tu kerana ada beberapa keping daun pisang yang digunakan tuk membakar ikan dalam longkang..kelihatan banyak ikan dalam tu...

Tertulis di banner iklan tu " Mencari yang halal itu adalah wajib".....tapi Islam tak ajar kita mencemarkan alam sekitar..fikir-fikirkanlah...

Apalah gunanya kalau hanya keuntungan semata-mata yang dicari tapi sumbangan dalam kelasterian alam sekitar diabaikan malah menjadi penyumbang pulak ke arah pencemaran...Rasanya kalau MPSP tahu buat kerja, perkara ni takkan terjadi seteruk macam ni selama entah berapa tahun.
Aku mendedahkan perkara ini bukan kerana cemburu dengan kejayaan diorang, tak sama sekali. Aku bangga ada orang melayu yang berjaya macam tu, malah aku akan terus memberi sokongan dengan terus datang lagi ke sana. Tapi cuma kecewa, hal-hal penjagaan alam sekitar tak langsung diambil peduli...
***Bila la sungai-sungai kita nak jadi bersih dan tak tercemar macam negara yang ditakbir oleh orang kafir seperti Singapura, Jepun dan Australia...Bukankah Islam mengatakan "kebersihan itu separuh daripada iman?"...
UPDATED:Aku baru menghantar emel kepada YDP dan beberapa pegawai MPSP ( Majlis Perbandaran Seberang Perai )tentang perkara ni. Aku harap mereka dapat membuat sesuatu. Aku tak nak dikatakan hanya npandai menulis di blog, tapi sebagai rakyat Malaysia, aku dah laksanakan tanggungjawab aku..!!