Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 27 Mei 2015

Selamat Sudah..Jom Melukis..

Assalamualaikum....
Setelah sekian lama blog aku ni tak di update, akhirnya berjaya jugak aku siapkan satu cerita.. Minggu lepas kami sekeluarga telah menghadirkan diri ke Majlis Resepsi anak sedara aku yang sulong, Ayman dan pasangannya Sheila yang berlangsung di Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Setelah berbincang adik-beradik akhirnya kami sepakat untuk menghadiahkan lukisan potret pasangan dan kad. Aku ditugaskan melukis potret tu dan Ijal pulak untuk buat kad ucapan.

Walaupun dah lama tak pegang pensil untuk memotret disebabkan kesibukan lantas terasa kekok jugak, namun diteruskan jua....


Seperti biasa, dengan lafaz Bismillah, kita mulakan lakaran....

Lepas tu kita mula detailkan sikit...


Kita masukkan shadow...

Detailkan mata....

Ok, siap dah satu muka....
Lepas tu kita ulang proses yang sama untuk lagi satu wajah...

Siap kedua-dua wajah...

Lukiskan baju pulak...


Masukkan sedikit shadow kat baju...

Gelapkan sikit bahagian yang berkaler pada baju...
Gelapkan lagi mana-mana bahagian yang perlu di 'shadow'kan...

Akhir sekali hitamkan bahagian belakang pastu tandatangan...hehehe...siap..

Yang ni pulak kad ucapan osem yang Ijal buat, abah sedang menulis ucapan buat pengantin...

Penyerahan potret dan kad yang telah ditandatangani oleh semua ahli keluarga kepada pasangan Pengantin..

**Tahniah buat Ayman dan Sheila, moga kekal hingga ke Syurga...Buat K.long dan keluarga, tahniah kerana mendapat menantu....

**Sorry lakaran tak berapa jadi, lama tak melukis...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails