Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Iftar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iftar. Papar semua catatan

Selasa, 7 Ogos 2012

Iftar Di Kampung

Bersambung entry semalam (link) tak banyak gambar yang diambil sebab semua menjamu selera. Memang meriah habis, tapi harap tak lupa pada yang tak berada...( lupa nak bagi sikit kat orang sebelah, ke dia tak dak kat rumah kot )...Tapi masa ni abah dan menantu-menantu lelaki dah pun ke Masjid sembahyang maghrib ( baru ingat nak ambil gambar ) untuk tatapan adik-beradik lain yang tak dapat pulang berbuka bersama...


Dah tambah satu set meja makan lagi, lagi meriah la...

Aneka juadah..kari ayam kampung maveles tuk makan dengan roti jala..

Tangan sapa ntah...

Ayam kampung masak kicap...perghhh...!!!

Kerang bakar, ayam goreng ni kak lili bawak balik kot...

Sambil makan sambil bergossip nampak, Kak Linda dan Farha...

Kak Lili, Safwan dan Adik..Eh Safwan nampak macam kurus ekk...

Daud dan anak-anak sedara...

Makan jangan tak makan...

Walaupun dah tambah meja makan, masih tak muat...Naufal, Irfan dan My Wife makan kat bawah...

Best friend, Irfan dan Naufal...

Safwan tukar tempat duduk pulak....

Memang makan tak ingat dunia la, asyik ingat akhirat je...hehehe


***Syukur Alhamdulillah dapat berbuka bersama keluarga tercinta dan yang paling best walaupun pelbagai juadah, takde yang terbuang....yang lebih makan untuk sahur dan bukak puasa hari berikutnya...

Isnin, 6 Ogos 2012

Persiapan Iftar di kampung

Hari sabtu lepas semua anak-anak Haji Amir berkumpul di kampung, kecuali Kak Long ( Pahang ), Pinny ( Serawak ) dan Kak Ros (Ipoh )... Aku sampai pun agak lambat, lebih kurang pukul lima, manakala Ijal, Daud, Imah dan Adik dah sampai lebih awal. Diorang yang sampai dah pun sembelih ayam abah, lima ekor. Menu hari ni ialah, ikan pari bakar ala sate kajang beserta air asam pergghh, kerang bakar percik spesel, ayam kampung kacuk ayam gajah masak kicap belanga kenduri, roti jala bancuh secukup rasa beserta kari ayam kampung maveles dan sayur kacang boncis goreng ala masterchef selebriti...Manakala air pulak telah di tender oleh Daud, air rebina, air tembikai dan air teh o panas... Ini baru yang masak sendiri, yang beli pulak, Laksa mi ( memang best ), badak berendam, lepat pisang yang aku beli masa singgah di Sungai Kerang. Kak Lili pulak bawak balik segala nasik beriani dan ayam( ada lagi ntah tak ingat la pulak ) Kak Linda bawak balik buah-buahan ( yang mana tembikai Daud blend jadi jus )...Sorry kalau termiss, banyak sangat tak teringat...

Sementara yang perempuan sibuk-sibuk di dapur, yang lelaki uruskan kerang dan ikan pari bakar...
Daud, menyediakan tempat pembakar..

Daud dan anak-anak sedara yang menyibuk nak main api...

Ijal yang menyediakan sos panggang...

Ikan pari yang akan di bakar

Adik Faiez ditugaskan membakar ikan pari...

Ijal tengah letak sos atas kerang...

Mula-mula bakar kat bawah....

Lepas tu pindah ke atas pulak, lebih senang nak balik-balikkan...

Naufal pun tolong kipas api gak...

Nabil, tetap cergas walaupun berpuasa...

Uqaiel, best la dapat main pasir...

Ijal dan Aisy...relek jap...

Pari yang siap dibakar...

Kerang pun dah siap..

Awal lagi semua dah siap..ambik gambar dulu walaupun tak buat kerja...hehehe



***Rugi la sapa-sapa yang tak balik, bersambung entry masa berbuka...

Khamis, 25 Ogos 2011

Berbuka Puasa 2011

Sebelum ni ada di tunjukkan macamana kami membuat persiapan untuk berbuka puasa. Jadi hari ni nak tunjuk pulak acara makan-makan setelah berpenat lelah membuat persiapan.

Diantara juadah yang dimasak ialah, Metarang masak sambal telur, ayam hutan masak kicap, ayam daging masak merah, udang sambal tumis petai, ikan keli bakar dan air asam serta steamboat. Kuih pula pisang dan cempedak goreng beserta kuih muih yang dibeli oleh menantu-menantu yang pergi ke pasar ramadan. Manakala Daud ditugaskan untuk membuat air Ribena dan teh. Tak lupa juga mi kari yang lazat untuk moreh di masjid.



Safwan yang tengah makan..



Abg Ngah dan Abg Yus...



Abg Lang (membelakangkan kamera ), abah dan Adik..



Makan sambil bergurau SENDI...hehehe





Safwan yang masih terus menjamah makanan dan Angah yang dah surrender..





Ni pulak gambar semasa nak hantar mi kari ke masjid untuk jamuan moreh...






*** Gambar ternyata kurang oleh kerana lebih tertumpu kepada makanan....

Selasa, 23 Ogos 2011

Persiapan Berbuka

Pada 6 dan 7 hb yang lalu, keluarga Haji Amir berkumpul di Kampung Padang Serai. Kami berkumpul untuk sama-sama berbuka puasa bersama Ayahanda tercinta. Di samping membuat persiapan untuk moreh keluarga Haji Amir pada malam tersebut.

Setelah semua berkumpul, aktiviti pun dimulakan.


Imah yang ditugaskan untuk memblend bawang..


Ni siapa berjersi no 12 ni..??

ooo...Faeiz seperti biasa, mesin kelapa....
Kombinasi dua kerja yang menghasilkan makanan yang lazattt...



Di luar,Angah, Daud dan Ijal, bersiang ayam hutan dan ikan keli...

Angah pun tolong jugak..


Ayam hutan yang Daud tangkap..tak besar sangat..




Ikan keli...yang akan dibakar..

Ni pulak kat dapur..

Kak Lili..diantara chef...



Bila dah siap bersiang, api mula dinyalakan...


Iman...Seriusnya muka...



Haji Amir, menyalakan api..


Keli yang bakal dipanggang..


Upacara memanggang..

Ehsan dan Imah, baru keluar dari rumah...
Aina dan Basyirah..
Tu dai..Irfan dah mai...
Ni macam kumpulan Rock je...


***Gambar Kak Ros dan Kak Linda tiada dalam simpanan, mungkin terlepas pandang sebab sibuk menyiapkan Mee Kari untuk moreh...Apa pun nampaknya tahun depan pulak kita berjumpa lagi sekali untuk berbuka, berterawih dan bersahur bersama-sama di Kampung Padang Serai..!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails