Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Furniture Workshop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Furniture Workshop. Papar semua catatan

Khamis, 14 April 2011

Furniture Workshop

Hari ni aku nak tunjuk sikit keadaan kilang perabut yang membuat semua perabut untuk syarikat kami. Sebenarnya ada banyak kilang yang involve, tapi yang dekat Batu Feringghi ni yang agak best la pada aku, sebab diorang ni friendly sikit daripada yang lain. Memang semua tokeh dia cina dan pekerjanya ada cina dan vietnam. Tak pernah lagi aku jumpa sepanjang aku bekerja kat Penang ni, carpenter melayu. Di sini aku nak tunjukkan serba sedikit apa yang diorang buat.
Perabot yang telah siap, dibungkus bagi mengelakkan kerosakan semasa penghantaran...

Yang tukang bungkus ni nama dia...aku pun lupa la...heheh..dia orang vietnam..pandai berbahasa hokkien dan sedikit bahasa melayu... Ni diorang tengah buat kitchen cabinet... Yang ni pulak TV cabinet... Diorang sedang menggosok meja berkayu jati/teak... Macam berterabur sikit la.. Kilang ni sebenarnya dibina di dalam dusun durian, bila musim memang jenuh la aku makan durian free.....hehehhe......Kat belakang kilang, bebudak vietnam ni memang rajin, tanam segala macam sayur tuk kegunaan diorang.... Aku ingat kalau ada tanah berair, mesti diorang tanam padi sendiri...hehehe
Tapi yang tak bestnya, diorang ni semua makan, anjing yang berkeliaran, kucing dan kadangkala monyet pun menjadi hidangat buat diorang.......uwekkkk..!!!


*** Sekarang memang aku tiap dua hari datang sini, monitor diorang buat kerja....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails