Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 1 Mac 2011

Akhirnya...

Akhirnya, penantian aku tentang entry kedai ikan bakar link. Setalah aduan yang aku buat kepada MPSP tempohari, aku mendapat maklumbalas daripada mereka (MPSP),

Rujukan:11020487

Tuan / Puan ,

MAKLUMBALAS ADUAN

Saya diarah merujuk aduan / permohonan oleh Tuan / Puan bertarikh 23/02/2011 seperti berikut:

Maklumat Aduan:Membuang sisa buangan terus ke dalam longkang berhadapan kedai yang menyebabkan longkang tersebut kotor dan dipenuhi sampah.
Lokasi Aduan:Kedai Ikan Bakar Din di Kepala Batas.

2. Siasatan dijalankan pada 23022011 berkaitan aduan parit di Kedai Ikan Bakar Din di Kepala Batas. Siasatan mendapati parit tersebut dibawah selenggaraan JPS. Aduan tuan akan dipanjangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran SPU untuk tindakan susulan.

3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Biro Pengaduan Awam MPSP di talian 04-5497700 / 04-5497490.

Sekian, terima kasih.


"CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Selain itu, salah seorang rakan blogger jugak ada bagi komen ,NARDtheNERD berkata...

dari pengetahuan saya,

kebersihan sungai terus rujuk pada JPS. kerana ada satu jabatan di JPS yang bekalkan satu tong @ bekas untuk isi sisa buangan dari restoran supaya tak dibuang ke sungai.

masa saya buat tugasan di JPS terengganu. mereka kata beri kemudahan itu percuma pada setiap peniaga.

mungkin JPS terlepas pandang.
adukan pada mereka juga. :)

Betullah apa yang Nard bagitahu tu. Baru tadi aku dapat panggilan dari pihak JPS. Diorang tanya macam-macam. Dan katanya( aku lupa nama dia ), dia akan buat pemeriksaan mengejut terhadap premis tersebut.

16 ulasan:

NISA KHAIRI berkata...

fuh!bagus betul tindakan yg diambil..cekap,pantas dan tuntas!syabas inspektor sahab..

Fadzli Amir berkata...

NISA KHAIRI- hahaa....

Azmi berkata...

wah3 sangat prihatin bro

Fadzli Amir berkata...

Azmi- bukan pe Bro...setakat tengok pastu tulis dalam blog, siapa nak tau..kalu report atleast sebagai rakyat malaysia, kita jalankan tanggungjawab...without prejudis...hhehehe

NARDtheNERD berkata...

uikss.
baca balik i pny komen tu macam tukang promote JPS.
hehe.

:)

Fadzli Amir berkata...

NARDtheNERD - jurucakap JPS la ni.....hehehehe

Arizakiah berkata...

Tindakan yang sepatutnya untuk menjaga alam sekitar kita.....
Kalau bau busuk siapa yang susah? Pak din jugak..
Kalau Pak din sakit sape yang susah?

Amir faiez berkata...

uih..bangga la...ank sapa lani...haha..

Chik Att berkata...

huh.... kedai tu... kalau takat ada 10 hinggit dalam poket... jangan gatai2 kaki nak masuk.....

Dr. Rodzila Rodi berkata...

tahniah..
sebab tak ramai nak buat mcm ni..
semua main tuding jari sana sini..

tindakan bijak!!!

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau nak lebihhh hebat lagi jemput repoter tv3 en karam sink datang lagi lajuuu.. ajerrr tindakkan dibuat....

Fadzli Amir berkata...

Arizakiah- Tu la..tanpa prejudis...

Fadzli Amir berkata...

Amir faiez- Anak Haji Amir la...sapa lagi...hehehhee

Fadzli Amir berkata...

Chik Att - Buleh apa, makan nasik kosong ngan teloq goreng...hehehhe

Fadzli Amir berkata...

Dr. Rodzila Rodi- Bukan pe...sebab tau law yg air basuhan tak buleh lepaskan ke longkang, tu yg report tu..tapi cara pegawai JPS tu cakap macam perli sikit..macam dia ingat kita nak dengki kat kedai tu...

Fadzli Amir berkata...

Afzainizam- Tak mau le kecoh2...buat dulu yg ni, pastu nanti nak pegi tengok, ada tak tindakan...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails