Walaupun empunya Blog tidak dapat bersama bertakbir dengan ahli keluarga, dapat dirasakan kemeriahan suasana di malam raya dengan adanya gambar-gambar yang di rakamkan...
Saksikan kemeriahannya....
Ni permulaan takbir yang dikepalai oleh Abang Long selaku abang yang paling tua..( Achik dan Izzat: Bila la nak sampai turn aku ni...)
" Akhirnya dapat gak aku pegang microphone ni...Pulun, pulun. Bukan senang nak dapat ni" kata Achik...
Suasana di dalam masjid yang berkumandang dengan takbir yang disampaikan oleh Along..
Penuh semangat dan penuh perasaan....Adik
Sampai nak tertelan Mic la...Tu dia punya stail tu...Penuh penghayatan...
Furqan kat belakang tersengihh, manakala Achik samapi menangis dek kerana terharu ngan cara penyampaian Adik..
Angah yang berdepan dengan adik terpegun....Sampai tak terkata ...Yang membelakangkan kamera tu Ijal, nampaknya Abang Long dah balik masa ni...Tu yang macam-macam stail ada tu...
Ni Daud pun penuh perasaan gak, tapi betoi ka bertakbir ni....Kita tengok view yang lain pulak..
Dah agak dah...Bukan bertakbir ni, ni macam tegah jual sesuatu jer....Zoom sikit apa yang ada kat tepi dia tu...
Hampeh tull...sempat lagi dia jual mercun kat sini, masa orang tengah bertakbir....( sorry Daud )
Semua tertunggu-tunggu, bila la lagi nak dapat pegang microphone. Sementara Ijal sedang membelek kainnya sambil berkata dalam hati, " Bila pulak kain aku ni kena taik ayam ni, eh ni taik cicak ni, eh taik tikus kot, tapi bau dia macam taik itik, TAIK ITIK??....takpalah balik nanti buleh makan...hehehehe"...????
Ini Nain, bersungguh-sungguh dia........( @#&*%$balik&@@#^~tidoq&*+=!!!@$selimut%$^&##)-hanya orang-orang yang berkenaan jer yang paham bahasa jawa kat atas...
Furqan ngan Adik...

Ni lepas habis bertakbir ni, Angah naik mimbar untuk praktis apa yang akan disampaikan esok masa khutbah raya...
Along pon teringin gak, nak naik mimbar....

Ni setelah bertakbir di dalam masjid, semua berbaris menangkap gambar sebagai kenang-kenangan...( Angah tu gataiii...)
Gambar ni pun sama gak, cuma Ayman yang menjadi kameraman pulak masuk sama...

Ni apa pasal pulak ni...Dah nak kena sawan ker???macam tengah bersedia je tu....
Hampeh tul...Acara melompat rupanya, dengan yang tua sekali pun ( Ijal )

Tu dia dah start dah, acara melompat beramai-ramai menandakan kegembiraan menyambut syawal...ajaran sesat mana la diorang ikut ni.....( mesti Pak Awang heran tengok )
Gambar yang terakhir tu , tidak di benarkan sesiapa pun meniru aksi tersebut, untuk kesejahteraan seluruh penduduk bumi.....