Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 27 Ogos 2014

Pagi Hari Raya

Hari ni dah masuk bulan baru,1 Zulkaedah tapi aku nak jugak post tentang raya aidilfitri yang lepas. Saya aku peram lama-lama, supaya boleh mengenang kembali saat-saat indah yang dah berlalu.
Rasa masih teringat-ingat dan terasa kemeriahan menyambut hari raya bersama keluarga tercinta. Walaupun pada hari raya pertama tanpa kehadiran keluarga Kak Ros, Kak Linda dan Ijal yang beraya di rumah mertua.

Raya kali ni kami anak-anak lelaki dan abah beraya dengan jubah dari Don & Dona boutique ( Ustaz Don punya jubah ) dan Shawl tajaan Daud.


Makan pagi sebelum bersembahyang sunat Aidil Fitri..Abah dan abang Ngah...

Aku, wife dan adik-adik, Imah dan Pinny...
Kami bergambar beramai-ramai namun tak lengkap tanpa keluarga Kak Ros, Kak Lindan dan Ijal...Lagi satu, tiada lagi kamera DSLR yang bagak-bagak, semuanya gunakan handphone dan monopod...lepas tangkap terus share dengan ahli keluarga atau ada yang nak share di media sosial..






Gambar-gambar ni pulak kami beramai-ramai bergambar dengan abah yang bad mood tak mau bergambar dengan kami pada gambar sebelumnya.....hehehe
Abah relax je....tanpa emosi...




Freestyle..



Ni pulak keluarga kecil aku...Raya ni aku menggayakan kopiah tajam...Ingat lagi masa aku pegi satu rumah terbuka, diorang semua pelik tengok kopiah aku, siap satu pak cik tu cakap, "Ni kepiah Dajjal ni.." sambil tengok kopiah aku....hehehehe








Gambar ni pulak saja ja bergambar dengan motor...hehehhe



***Cepat masa berlalu...Terlupa nak tangkap gambar hanya lelaki-lelaki sahaja...


Selasa, 12 Ogos 2014

Persiapan Raya

Selamat Hari Raya dan maaf Zahir dan Batin, walaupun hari ni dah masuk hari ke 16 Syawal, aku baru berkesempatan nak tengok blog. Jom kita layan persiapan Anak-anak Haji Amir untuk menyambut hari raya...
Gambar semasa sembelih ayam tak ada...

Bukak daun palas untuk buat ketupat...Bersama K.long & anak-anak sedare..

Tekun tanpa gossip...
Siap jugak akhirnya...
Along pun tolong jugak potong bawang...

Pini siap berspek lagi..

Farha dan Aina membasuh ayam yang disembelih...

Kali ni masak rendang kat luar...Kak Long jadi Chef , macam biasa la...Kak Rosdah nak pi rumah MIL dah tu...
Bersama The Rendang Master Chef...dan Tasneem...

Sampai malam la kacau rendang...bersama Tasneem (anak sedara)...Faiez kat belakang tu...

Dah siap...

Kat dalam rumah...Wife isi biskut dalam balang....

Bersama Imah...

Ni tokeh masak lemak perut...Pinny....mavelesss...
Kita buat ketupat pulak...bersama Kak Long dan Kak Lili...Tahun ni kita bagi Abah rest..

Sapa kata orang lelaki tak pandai buat ketupat....

Dah siap kerja kita bergambar ramai-ramai sambil buat ucapan raya...yeeeyyy!!!

Ni pun keluarga Kak Ros dan Kak Linda takdak ni...kalau tidak lagi ramai...

Macam-macam aksi...

***Meriah sungguh....walaupun ada la sikit kontroversi....hehehehe








Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails