Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Hari keluarga Haji Amir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari keluarga Haji Amir. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mac 2017

Hari Keluarga Haji Amir 0.6 pada 28-30 Jan 2017 di Sahom Valley

Assalamualaikum..



Dah lama sangat tak updatenyer....Almaklumlah sibuk bekerja dan uruskan beberapa perkara...

Apa-apa pun Alhamdulillah...pada tanggal 28 hingga 30 Januari yang lepas telah tercatatnya sejarah, semua ahli keluarga Haji Amir berkumpul sekali lagi untuk menjayakan Hari Keluarga Haji Amir yang ke 0.6. ( kecuali Daud yang tak dapat datang kerana Farhana yang menunggu hari untuk melahirkan anak sulong mereka)



Setelah beberapa bulan perancangan yang dibuat oleh semua ahli keluarga amnya akhirnya Sahom Valley telah dipilih sebagai tempat untuk family day pada kali ini.



Semua yang indah-indah sahaja yang kini telah menjadi kenangan yang akan kami abadikan dalam diari hidup kami, Anak-anak Haji Amir...!







Selasa, 10 Mac 2015

Family Day 2015- ( Manaiki Tram )

Selalunya aku hanya melihat traktor digunakan untuk menarik treler mengangkut sawit di kampung, kini dengan satu family sekali kami naik traktor/tram ni.

Memang best, mengelilingi kawasan sawah padi yang damai di Sekincan ( tapi kali ni bukan musim menanam padi lagi, kalu tak lagi la nampak menghijau ), berhenti membeli-belah di Perusahaan Sederharna Kecil dan melihat pemandangan di tepi Pantai Redang.

Kami rasa macam pelancong luar negara pun ada kerana tram ni melalui jalan besar, jalan kampung yang mana semua melambai-lambai pada kami....Ada pelancong lain yang mengambil gambar lagi....

Sukaneka Anak Haji Amir 2015-Gagau ikan keli

Meriah sungguh...!..Diselang seli kan pula dengan adegan mencuri ikan satu sama lain, kejar mengejar....Semuanya masih terpahat diingatan...!

Bukan budak-budak je suka main lumpur ni, mak bapak budak pun enjoy..!...Sekali sekala dapat main lumpur, kita main puas-puas..Takda siapa nak marah...hehehehe...

Selasa, 10 Februari 2015

Perancangan Family Day ( Hari Ukhuwah )

InsyaAllah pada cuti tahun baru cina yang akan datang, sekali lagi kami Anak-Anak Haji Amir akan menagadakan program tahunan, Hari Keluarga yang ke-4. Terima kasih buat semua ahli keluarga yang bertungkus lumus dalam melaksanakan perancangan untuk kali ini. Kali ini akan diadakan di Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Sekinchan Selangor.

Terima kasih buat Kak Linda dan keluarga, Daud dan Imah yang yang telah berjumpa dengan pengurusan Sekin Hotel.



TENTATIF PROGRAM

KHAMIS ( 19 FEB 2015 )

2.30 ptg   -  Ketibaan ahli keluarga
3.00 ptg   -  Mendaftar masuk
5.30 ptg   -  Tea time & taklimat
7.30 ptg   -  Makan malam
8.30 mlm  -  Sesi suai kenal di Sekinchan ( program ziarah )

JUMAAT ( 20 FEB 2015 ) 

7.15 pagi  -  Sarapan pagi
7.45 pagi  -  Memulakan perjalanan ke Homestay ( untuk acara sukaneka )
8.00 pagi  -  Sukaneka dalam sawah bendang*
12.00 tgh  -  Makan tengahari ( untuk wanita sahaja, lelaki akan makan selepas solat Jumaat )
12.30 tgh  -  Solat Jumaat
3.30 ptg    - Lawatan- Menaiki tram ke IKS & Homestay / minum petang
8.00 mlm  -  Makan malam / BBQ**
                -  Perasmian
                -  Penyampaian hadiah
                -  Persembahan kumpulan / keluarga
                -  Cabutan bertuah
                -  Karaoke

SABTU ( 21 FEB 2015 )
7.30 pagi    -    Sarapan pagi
8.00 pagi-12.00 Tgh  -  Aktiviti bebas ( Memancing / Naik menara tinjau / Sesi bergambar )
12.30 tgh    -    Check out & Pulang ke destinasi masing-masing.

* Bawa baju yang sesuai. Sediakan baju salin/towel kerana kemungkinan akan basah.
** Tema: Arabian Night- Sila pakai pakaian yang bersesuaian dengan tema. Hadiah lumayan menanti keluarga yang paling kreatif.

Diharapkan semua ahli keluarga dapat memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Selasa, 4 Mac 2014

Family Day 2014-Part 3 ( Pagi Sukaneka )

Setelah menunggu tak berapa lama, pihak organizer Azami Entertainment pun datang dan memulakan atucara. Kami dipanggil ke halaman di depan apartment untuk membuat sedikit senaman...Memang seronok..! Semua orang sporting ikut gerakan senaman termasuklah abah..!

Selepas tu kami diminta ke padang untuk acara sukaneka. Tapi sebelum tu setiap kumpulan ( yang telah diundi malam semalam dimana setiap kumpulan diketuai oleh suami & isteri dan anak-anak tidak dibenarkan bersama kumpulan suami isteri tu ) kami diminta mencipta 'Tag Line' kumpulan masing-masing dengan diberi masa tiga minit.

Acara sukaneka pulak adalah, mengutip sepasang kasut, isi air dalam botol, lari dalam guni, gelong rotan, lari berkumpulan sambil kaki diikat dan yang terakhir, mereka fesyen dengan surat khabar.

Tapi sebelum tu, nak bagi tahu sikit kami memang dah rancang, semua lelaki memakai seluar pelekat dan perempuan memakai seluar batik.....hehehhe

Acara senamrobik yang awesome...!
Semua mengambil bahagian, termasuklah abah....abah memang sporting..!

Kumpulan "YES", bersama taglinenya...diketuai oleh Ijal dan Farha...Uqaiel dan Naufal group ni...
Kumpulan "Tak menang, Ceroi..!"...Diketuai Abang Ngah dan Kak Lili..
Kumpulan "Ini Barang Baik"...diketuai oleh Abang Lang dan Kak Ros..
Ni kumpulan aku, kumpulan "Pening Arr.."...yang akhirnya dinobatkan sebagai juara...sebab ada Imran tu yang juara...hehehe
Kumpulan "Gammbatte"..diketuai oleh Abang Yus dan Kak Linda..abah pun kumpulan ni jugak...
Acara kutip sepasang kasut...Safwan sedang beraksi..
Abah pun bersemangat lari...
Aina carikkan kasut untuk Imran...
Acara gelong rotan, kumpulan "gammbatte"...
Kumpulan "Tak menang Ceroi"...
Kumpulan "Ini Barang Baik"
Kumpulan aku, "Pening Arr"..
Kumpulan "Yes"..
Acara fesyen menggunakan kertas surat khabar...Kumpulan "Ini Barang Baik"...dengan tema pahlawan melayu..
Kumpulan "Pening Arr"...tema robocop tak jadi/tak siap...
Kumpulan "Tak Menang Ceroi" dengan tema Ustaz Don...eh ye ke..ke PU Shahul ni...
Kumpulan "Gammbatte" dengan tema Iron Man 10....hehehe
Kumpulan "Yes"...dengan tema penari Hawaii...



Selepas selesai, keputusan diumumkan...dan diakhiri dengan ucapan dari abah, Haji Amir...
***Terima kasih pada semua yang memberikan 100% komitmen dalam menjayakan kelangsungan sukaneka tahun ni...Terima kasih buat Azami Entertainment, memang best dan rasa sangat puas hati dari pihak kami Anak-anak Haji Amir..!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails