Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Rabu, 22 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga, dari kiri,
Muhammad Naufal, Mohd Fadzli, Muhammal Uqaiel Nabhan, Wan Malinee dan Muhammal Nabil Nufaeil...



***Masih dalam mood raya, belum berpeluang untuk BW...mekasih semua...

Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433/2012


Bersongket emas tenunan tangan,
Untuk persalinan dipagi lebaran,
Berbaju kurung indah di mata,
Manis dan sopan bertudung kepala,
Jalan menunduk anak siapa,
Selamat hari raya kami ucapkan,
Pada semua handai dan taulan,
Kalau ada terkasar bahasa,
Berbuat gurau terlebih senda,
Ampun dan maaf jua yang kami pinta.

Embun menitis di pagi hari,
Fajar menyinsing di ufuk kali,
Beduk dipalu memecah sunyi,
Takbir bergema sayu dihati,
Tanda menjelangnya si Aidilfitri,
Andai ada sekelumit benci,
Mungkin ada terasa hati,
Salah dan silap apatah lagi,
Kami menghulur sepuluh jari,
Hanya kemaafan yang kami ingini. 


***Hari ni last aku update blog, seminggu lebih beraya di kampung. InsyaAllah berjumpa lagi selepas raya nanti...Yang nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asalkan selamat..!!

Ahad, 4 September 2011

Beraya Sakan..

Setelah seminggu bercuti, menghabiskan masa bersama kaum keluarga, melawat sanak saudara, dijamu dengan pelbagai juadah yang sedap-sedap. Semuanya terlalu indah untuk digambarkan dengan tulisan. Yang bermula pasti akan berakhir, yang datang pasti pergi.
Kini aku akan memulakan kehidupan seperti biasa setelah bercuti, kena kerja, kena sekolah untuk bebudak. Segala kenangan semasa aidilfitri yang lepas masih terngiang-ngiang dan akan terus tersimpan di kotak kenangan...

***Kepada yang sudi singgah ke sini walaupun ketiadaan tuan rumah, aku akan membalas kunjungan korang semua, terima kasih bebanyak....

Ahad, 10 Oktober 2010

Hari Raya Datang Lagi 2

Bahagian 2, kisah hari raya. Suka-duka, asam garam, setiap yang pasti akan menjadi sejarah dan kenangan buat aku sekeluarga...

Persiapan hari raya secara bergotong royong


Angah dan Adik, bak penunggu hutan lagaknya..


3 Dara pingitan....


Naufal dan telor ayam..


NAbil dan duit raya..


Imran ala-ala ultraman..

Bergambar di malam keenam raya, seolah pada pagi raya..

Salah satu gambar yang menarik...yang tak terdapat di mana-mana majalah hiburan
Rasakan kemeriahan terlakar di setiap riak wajah yang berbeza...


Apa yang mereka kejar??? duit raya??



Pengakhiran sebuah hari raya yang meriah disudahi dengan doa kepada yang Esa.. Ewahhh...

Semuanya, terpaksa berangkat pulang...
Pada mulanya pelik juga, macamana gambar angsa abah ni ada kena mengena dengan kami sekeluarga..??? Mushkil sungguh...Untuk jawapannya, sila tengok gambar yang seterusnya...

Mintak maaf kepada semua ahli keluarga Haji Amir, yang mana sekiranya gambar-gambar mereka tidak tertera di sini, kerana tiada dalam simpanan tuan tanah kedaung...

Jumaat, 8 Oktober 2010

Hari Raya Datang Lagi 1

Heheehe...Bulan Syawal dah nak abis, aku baru berkesempatan nak upload gambar raya. Terkadang terfikir juga, ada kah lagi orang yang sudi menjengok blog aku ni,,? Oleh kerana kecanggihan alam 'maya' ini dengan serangan FB, masih ada kah lagi??

Oleh yang demikian, semua gambar yang akan aku tunjukkan di sini telah pun diedit terlebih dahulu, sebab kalau tak ahli keluarga aku yang lain dah pun letak di laman FB diorang..sebab gambar semua sama...
Mengemas rumah..
Persiapan persediaan Hari Raya..
Suasana Hari Raya..( Gambar keluarga K.Ros, K.Linda dan Ijal tiada dalam simpanan tuan tanah blog...)
Menziarahi pusara bonda..

** Part 2 akan menyusul...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails