Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Terima Kasih Semua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terima Kasih Semua. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Januari 2011

Terima Kasih Semua...!!!!!!


Pagi ni bukak Blog, tengok bilangan follower dah mencecah 201... Terima kasih pada semua yang sudi menjadi follower dan kerap kali sudi menjengah dekat blog anak haji amir ni.


Pada mulanya blog ni di buat hanyalah untuk tatapan anak, menantu dan cucu Haji Amir saja, sampaikan pada sewaktu mula dibuat dulu ada follower yang ikut, tapi aku tak ikut diorang balik.....( sebab ingat ini hanya berkaitan famili aku je )Sebab semuanya berkisar tentang setiap aktiviti yang kami lakukan pabila semua anak beranak bertemu. Tapi bila difikirkan balik, kalau orang lain tak jengah kat sini, cerita tentang keluarga ( yang pada aku la, agak happening )ni hanya berlegar disekeliling kami saja. Sedangkan orang lain tak tahu kewujudan keluarga kami ( yang pada tanggapan aku amat sempurna walaupun masih ada cacat cela ).


Lalu dengan itu aku mula mempromosikan blog ni dengan menghabiskan masa ber" blog walking" ( sampai cik wife pun macam hairan kenapa asyik dengan laptop ) Dan timbal baliknya adalah, aku sekarang mempunyai ramai kenalan baru yang semuanya sporting belaka, yang terdiri dalam pelbagai lapisan masyarakat...dari Perlis hingga ke Singapura. Dari Sarawak sampai ke Sabah termasuklan Indonesia.


Aku tak pandai nak buat contest dan tak berduit tuk memberikan hadiah kepada semua pembaca dan follower aku.. Cukuplah dengan ucapan TERIMA KASIH yang tak seberapa ini buat semua.


** Ikhlas dari aku, blogger picisan... ( walaupun sedikit follower, tak macam blogger famous yang beribu-riban follower - tu aku respek dan menjadi pembakar semangat ) tapi aku suka dan hargai kalian semua..!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails