Oleh kerana beberapa rakan blog yang bertanya tentang ikan ni ( Kak Yan, Mie dan Raziq ), jadi aku pun rasa nak bercerita pasal ikan Ngek-Ngek ni...Ikan ni mungkin satu keluarga dengan ikan baung dan lundu tapi mungkin spesis berlainan yang banyak terdapat di taburan sungai Malaysia khususnya. Berada dalam kategori catfish sebab dai ada misai macam ikan keli.
Mungkin terdapat nama lain bagi ikan ni, tapi bagi kami, namanya ( Ngek-Ngek ) dah sebati dari kecil lagi yang mana bersempena dengan bunyi 'ngek-ngek' yang kuat apabila ianya didaratkan....
Selalunya kami akan goreng atau buat kuah lemak cili api je....rasanya biasa-biasa je....Kalau kat sungai di kampung, memang ikan ni la yang banyak dinaikkan sekiranya berumpankan cacing tanah atau perut ayam. Kalau malam lagi bertambah galak dan besar-besar hasilnya...Dulu masa kecil-kecil pergi memancing dengan abah, kat sungai kampung ni memang bermacam-macam ikan termasuk keli, baung, haruan dan udang galah. Tapi sekarang memang ikan ngek-ngek ni la yang banyak dapat...( ok lah kalau dah gian sangat nak rasa ikan menggetu umpan )
Ikan Ngek-Ngek mendominasi tangkapan kalau ke sungai Pasdang Serai...( yang bersisik tu ikan teruboi rasanya )
Ni pulak gambar yang dicilok dari google..
***Mungkin lain tempat lain pulak namanya...
