Dah masuk hari keenam kita semua berada dibulan Ramadhan. Macam-macam kerenah kat rumah, budak-budak la. Macam hari rabu lepas kami sekeluarga terlambat bangun untuk bersahur, sedar-sedar dah pukul 6. Samada alarm handphone tak berbunyi atau kami yang tidur mati..!...hehehehe...nasib baik la hari rabu Naufal takde KAFA, leh balik awal. Siap sehari lepas tu Abah tolong kejutkan dengan call dari kampung....hhehehehe....Tapi diorang ( Naufal dan Nabil ) steady, puasa penuh setakat ni tak tinggal lagi....
Walaupun baru hari keenam berpuasa, tapi dah pun mendengar lagu raya. Tak macam dulu lagu raya hanya berkumandang di corong radio pada 15 hari berpuasa dan amatlah dinanti-nanti oleh semua. Sekarang ni boleh dengar bila-bila, pada hari raya cina sekalipun..!...hehehe.....Adik aku, Faiez puasa pertama dah pun dengar ( masa dia balik kampung menaiki motor ). Kira aku ni ok la jugak...
Tiga hari lepas, sambil dengar lagu raya sambil aku SMS adik-beradik aku tanya diorang tengah dengar lagu raya ke...Kak Long siap jawab, aik baru puasa dah dengar lagu raya, dia kata dia tengah dengar bacaan Quran Sheikh Mishary.......Insaf jap aku, terus tutup lagu raya, bukak bacaan quran........
Tapi tak boleh lama, terus mengantuk...hehehehehe...( tu masa Syaitan takdak tu )....
Waktu berbuka dan bersahur biasa-biasa saja, makanan tak pernah tak habis semua licin....Anak-anak tak banyak songeh, diorang makan apa je yang ada, tapi kena ada telor...hehehehe...
Banyak pulak songeh...oklah sambung lagi nanti...Selamat Berpuasa..!!!
Kini semuanya hanyalah tinggal kenangan. Tak mungkin dapat diundurkan masa...Moga kita bertemu di Syurga dengan izin Allah...
Member Kamcing Anak Haji Amir
Memaparkan catatan dengan label Ragam puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ragam puasa. Papar semua catatan
Jumaat, 27 Julai 2012
Khamis, 11 Ogos 2011
Ragam Puasa
Dalam bulan puasa ni pelbagai ragam yang dapat aku tengok dan dengar. Daripada mak bapak sampai le ke anak-anak. Di sini dihidangkan sketsa benar tentang apa yang di lalui oleh anak-anak semasa bulan puasa.
Nabil
Abah : Nabil puasa hari ni? ( hari pertama puasa )
Nabil : Nabil kuasa ( dia cakap puasa, KUASA ), cikgu bagi makan bihun kat sekolah...( dengan selamba je )
Naufal
Abah : Naufal puasa hari ni? ( hari kedua puasa )
Naufal : Kuasa( sama macam nabil )...Naufal minum air sikit je kat sekolah...dahaga...
( pun dengan selamba )
Irfan ( sepupu diorang )
Kak Lili( ummi Irfan) : Masa mandi, Irfan minum air ye?
Irfan : Mana Ummi tau......( dengan rasa ingin tahu )
*** Satu lagi ragam ialah, kena cirit-birit sebab beli makanan kat Pasar Ramadhan.....ulang ke Toilet 4-5 kali...tapi bila siang, puasa dah ok....( ini bapak punya ragam )
Main bunga api ( gambar tahun lepas )

Langgan:
Catatan (Atom)