Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Bunga Api. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bunga Api. Papar semua catatan

Khamis, 9 Ogos 2012

Main Bunga Api

Masa balik kampung minggu lepas, Abang Yus ada beli bunga api untuk anak-anak dia main, dua kotak. Jadi berebut-rebut la anak-anak sedara yang lain nak main. Memula diorang mintak nak main masa lepas bukak puasa, tapi telah dilarang dan disuruh diorang main selepas teraweh.

Aku mula-mulanya memang tak berminat nak tengok, tapi memandangkan Uqaiel pun nak main sama, jadi kena la tengok-tengokkan. ( rasanya ni first time Uqaiel main sendiri bunga api ). Malam tu Basyirah, Imran, Naufal, Nabil, Uqaiel, Irfan dan Iman pun main... Tapi Iman macam tak berapa reti, sebab dua-tiga kali gak dia nak pegang bahagian bunga api...


Uqaiel, tak berapa reti nak pegang bunga api...



Imran, dah expert...

Naufal lagi la..siap belari-lari lagi...


Ni Basyirah....anak tuan empunya bunga api...hehehe


*** Aku tengok bunga api ni makin teruk kualiti dia, dah la tempat pemegang tu lembut, sekejap je dah lembik...Pastu api dia pun kurang, baru nak ambil gambar dah habis apinya...

Ahad, 14 Ogos 2011

Main Bunga Api 2

Sambungan entry lepas, macamana kami main bunga api sambil bereksperimen bergambar...

Ni pulak mercun bola...lempar jauh-jauh, bunyi dia memekakkan telinga..
Ni bukan bunga api, tapi hanphone....hehehehe
Ni pulak ada kereta lalu depan rumah, ni lampu dia la...
Baling bunga api...
Buat macam ni pulak...Dalilah dan Fildza...
Ni Pinny ke Imah tak tau...
Ni pulak Daud dan Adik
Adik...sebijik macam hantu...hehehhe
Ni kalau tak silap, Adik dan angah...buat gaya org tengah menari..
Angah....
*** Ni sebenarnya gambar lama, ada yang dah letak di FB diorang....Terima kasih tuk Ijal dan Daud untuk semua gambar....

Sabtu, 13 Ogos 2011

Main Bunga Api 1

Pernah main bunga api ?. Selalunya Hari Raya sinonim dengan permainannya. Tapi inagt lagi dulu, kalau main bunga api cap kepala kucing dan pemegang dia daripada besi dan belerang dia seketul kat luar. Bunga api dia lagi cantik dan tak banyak asap macam bunga api kertas sekarang. Cuma bahaya sikit kalau terpegang besi panas selepas habis main. Tapi sekarang susah dah nak jumpa bunga api tu...
Ok berbalik pada topik, kalau berkumpul masa bulan puasa atau raya memang kami tak lepaskan peluang untuk bermain bunga api kat kampung. Bapak-bapak saudara la yang men'support' stok bunga api, manakala anak-anak saudara yang memang enjoy sekali. Jom kita layan gambar...

Naufal, memang seronok sangat, dapat pegang bunga api..
Nabil kat belakang yang tak berapa berani...
Sebenarnya ramai lagi, tapi ni je yang dapat ditangkap lensa kamera Daud...
Macam-macam kami eksperimen dengan bunga api...
Ni pulak yang jenis menembak..

Ni tak tau jenis apa pulak...

***Bersambung.....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails