Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 16 Mac 2010

Memancing Di Sungai Kampung Padang Serai

14 Mac 2010 yang lalu, berlangsungnya satu aktiviti yang agak memberangsangkan, memancing di sungai belakang rumah Pak Can. Kami semua balik ke kampung kerana jemputan kenduri di rumah Mak Lang Rosnah ( mak mentua Kak Ros ) manakala ada yang balik sebab cuti sekolah sekarang ni. Diantara yang balik dan menjayakan aktiviti kali ni ialah Kak Long dan keluarga, abang Ngah dan keluarga( kak Lili tak ikut ), Kak Linda dan keluarga, Pinny, adik, Abah dan aku sekeluarga.

Pada malamnya aku dan adik berhempas-pulas menyediakan perambut dan joran ( terima kasih juga buat Dalilah dan pinny( buat air kopi )-sampai tidur pukol 2 lebih la....
Pada pagi esoknya ( cadangnya nak pergi lepas suboh, tapi kak Lili suruh makan breakfast dulu ) lebih kurang pukul lapan lebih kami semua pergi ke sungai belakang rumah Pak Can ( dekat jambatan UIE ). Semua berminat untuk ikut tengok saja pada mulanya, tapi semua boleh dikatakan memancing.
Walaupun hasil tangkapan tak berapa banyak dan tak berapa besar, ( serta empunya blog tak mendapat apa-apa habuan ) tapi amat berpuas hati sebab semua sporting untuk menjayakan aktiviti kali ni, sampai Kak Linda, Abang Yus, Abang Long dan Kak Long pun turut serta!!

Sampai pukul sebelas lebih kami pun balik.... Dengan tangkapan sebanyak 9 ekor..
Berikut adalah carta tangkapan ikan kali ini...

Abah - 1 ekor
Adik - 3 ekor
Kak Linda - 1 ekor ( dapat gak, jeles tol )
Safwan - 4 ekor ( ni yang tak puas hati ni dah la orang yang tolong bubuh umpan, lepas tu umpan yang dia bubuh sendiri pun alahai, cemetot je, macamana buleh dapat )

Abah, bersemangat dan yang mula-mula dapat ikan..

Pakai spek hitam lagi tu....

Abah, pelbagai gaya, tempat memancing...

Mula-mula sampai, malu-malu lagi, duduk-duduk dulu.....

Pegang-pegang ikan yang ditangkap...
Nun dikejauhan, family sapa tu????
Macam best je.....Nanti kita zoom...

Tu dia, Kak Long dan family... Best..!!
Tasneem dan Dalilah....Errr pandai ker tu??
Kak Linda dan family...Bersemangat...

Tersenyum...walaupun belum dapat ikan..dan kat sini jugak le Kak Linda dapat ikan( gambar tak de terdelete )

Adik dan Pinny...( pinny tu bukan pancing pon, berlakon je )
Ni yang tak puas hati, sempat lagi bergambar dan dapat ikan....Adik..
Pinny...Kata nak memancing??Adik....

Ni bukan memancing, ni bergambar namanya....

abah lagi...
Bergambar lagi...


Safwan dapat ikan....

Irfan, menangis nak balik....
Ikan yang dipancing....
Safwan, tak puas ati lagi.....
Naufal, anak abah, tunggu hingga ke akhir, sampai demam..
Masih sabar menanti......
Yang dinanti tak kunjung tiba....


Best aktiviti kali ni...next time buat lagi.....

Nabil pun merasa jugak memancing....
*** walau apapun terima kasih pada semua yang sudi bersama-sama menjayakan aktiviti kali ini.... Semoga acara yang akan datang mendapat sambutan dari semua...( lagi satu pasal joran tu , takpa aih hampa guna, nanti next trip pun Li akan sediakan semua alatan, yang penting semua join dan semua enjoi...!!)
*** Lagi satu nak bagitau kat Daud, yang pancing dia kami tak pakai sebab perambut dah habis. Bukan pe nanti dia kata pancing dia je pancing bertuah plak ( macam kat teluk senangin, sebab pancing dia yang Ijal pakai je dapat ikan )- semua pancing Abeli....hehehehe......

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails