Sebenarnya aku datang ke Port Dickson ni mengikuti Rombongan Cik Kiah...Hehhehe...mengikut cik wife punye office ( JKP ) buat family day kat sini. Aku ikut je lah sementara semuanya di support oleh diorang...hehehehe. Kalu aku tak ikut pun tak boleh gak, sebab ni family day, jadi kena bawak satu family la. Aku dan Cik Wife ditempatkan dalam kumpulan yang berbeza. Satu kumpulan dalam lebih kurang 9 orang. Aku ni sporting, memang aku join habis semua acara. Diantara acara yang diadakan ialah, lari dalam guni, isi air dalam botol guna straw dan lari membawa bola ping pong sambil berkain pelekat ( yang ni aku tak sempat nak buat, group aku main tipu, diorang declare dah habis jadi menang la..hehehehe )...
Memang banyak unsur penipuan kat sini, tapi hanya untuk suka-suka, tak simpan dalam. Mana yang juri nampak memang tak boleh menang walaupun diorang yang pertama habiskan. Tapi kalau juri tak nampak, itu adalah satu bonus..hehehhe...so boleh dikatakan semua kumpulan menipu kat sini...
Semasa menantikan kumpulan di bagi..

Aku bersama kumpulan E ( kalau tak silap )yang bermisai kat depan tu Cik Sabri, ketua kumpulan...

Menunggu giliran untuk masuk dalam guni ( acara ni kami buat dua kali sebab ada yang tak puas hati..hehehhe)

Ni pulak untuk budak-budak, acara mengutip coklat...( Naufal dan Nabil teruja, siap nak simpan coklat dalam baju -berbaju hijau )

Diorang tak reti nak tolak menolak la..so tak dapat banyak...
Uqaiel tengok je..apo la yang diorang dok berebut tu...
Kat sini macam-macam aktiviti boleh dibuat, salah satunya naik menda ni...