Pada hari raya yang pertama, selepas selesai urusan penyembelihan korban, kami telah pergi menyusuri jalan ke kampung Batu Hampar Dalam, ke rumah Tok yang lama. Sepatutnya kami semua nak turun dari kereta dan meninjau keadaan tapak rumah lama yang telah ditanam dengan pokok kelapa sawit, tetapi keadaan rembang ( pukul 12 tghari) sementelah pula ada budak-budak kecil yang ikut seperti Uqaiel dan Ihsan, membatalkan niat kami.
Gambar kurang jelas kerana aku mengambil gambar sambil memandu( dengan pemanduan perlahan tak lebih dari 15km/j). Semoga dapat mengimbau kenangan semasa tinggal di Kampung Dalam ( walaupun ada diantara tempat-tempat yang sudah tak kelihatan )