Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Gambar di sekitar rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar di sekitar rumah. Papar semua catatan

Khamis, 6 Ogos 2009

Bergambar Di sekitar Rumah ( Kg. Padang Serai )

Jom le kita melayan perasaan, merenung kembali saat-saat indah, menerobos ruang masa untuk kembali ke zaman dahulu. Meneliti setiap gerak-geri, senyum tawa, riak wajah dan persekitaran rumah kita yang dah banyak berbeza sekarang.

Apabila merenung gambar-gambar diwaktu dulu, terkenang kembali saat zaman kanak-kanak. Terasakan bagai baru semalam bergambar bersama keluarga. Tak terasa sudah 24 tahun waktu berlalu. Jelas terbayang kegembiraan di mata setiap ahli keluarga, walaupun aku tahu waktu itu kami sekeluarga dalam kekurangan.

Gambar ni diambil pada tahun 1985, waktu tu aku dalam darjah tiga. Kalau tak silap K.Long masa ni nak bersiap-siap untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika. Daud, Imah & Adik belum lahir ke dunia yang fana ini lagi. Ijal baru berusia empat tahun dan Pinny yang kecik sekali baru berusia dua tahun.

Alangkah indahnya kalu dikenangkan kembali....!!!!!!


K.Linda sentiasa tersenyum. Di sini dulu mak ada tanam pokok bunga melor. Berlatar-belakangkan pokok durian dan pokok rambutan tua yang besar dan rendang.

Ijal dan Pinny bermain pasir di belakang rumah, yang mana di tanam dengan pokok ubi kayu. Dulu keliling rumah dipenuhi dengan pokok ubi kayu. Di bahagian belakang pula terlihat pagar yang diperbuat daripada buluh, untuk mengelakkan Babi daripada merosakkan tanaman ubi kayu. Dulu sebelum tanah opah diteroka kat belakang tanah wakaf, kawasan rumah kita memang terdapat berbagai-bagai haiwan liar.....macam zoo pulak.

Aku dan Ijal duduk di atas batang pokok kelapa yang ditebang, kalau tak silap pokok tua ( di tebang oleh Pak Chan )Dulu aku ngan Ijal buleh dikatakan rapat jugak ( masa dia kecik la ). Dia la teman sepermainan.


Nun jauh di belakang sana kelihatan ampaian baju dan rumah kita. Maknanya gambar ni diambil sekitar bekas kandang angsa( sekarang)



K.Linda mendukung adik yang paling kecil sekali waktu tu, Pinny berlatar belakangkan pokok ubi kayu dan tanak perkuburan kat belakang rumah yang mana masih mempunyai pokok-pokok besar di kawasan kubur.


Bergambar di tepi reban ayam yang dibina oleh Pak Chan. Ijal memakai topi USM( kalau tak silap kak long yang punya )

Ijal menyanyi di atas pokok ubi gajah di tepi rumah. Pokok ni besar sampai boleh buat buai la.Berlatar belakangkan jalan raya dan rumah opah. Dulu mak tanam pokok ni rasanya untuk bagi teduh sikit sebab rumah kat tengah padang.

Lagi satu pokok ubi gajah tapi kat belakang rumah ( tempat air longkang ). Pokok ubi gajah ni pun besar jugak sampai ada satu masa tu aku buat rumah atas pokok tu, tak tau Ijal buleh ingat lagi ke tak.

Adiosss....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails