Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Bukit Jambul Walking Trail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukit Jambul Walking Trail. Papar semua catatan

Isnin, 13 Oktober 2014

Bukit Jambul Walking Trail

Petang semalam, Ahad selepas asar, dah janji dengan anak-anak nak pergi jogging. Tup-tup aku bawak kereta ke kawasan mendaki Bukit Jambul. Ni pertama kali kami datang sini.

Bila dah parkir kereta, dengan bersemangatnya kami mula mendaki....Alamak..!...Curamnya....!..Dah la lama dah tak hiking ni, dengan tak warm-up...Separuh jalan aku dah rasa macam tak bermaya dah macam nak give up! paha dah terasa sengal-sengal, nafas pun tercungap-cungap disamping peluh membasahi baju.. Tapi memandangkan Uqaiel dan Naufal dengan penuh bersemangat mendahului di depan, aku pun kena tunjukkan semangat nak tamatkan pendakian jugak..Nabil pun dah macam tak larat, tapi aku terus bagi semangat dengan suruh dia berhenti berehat sekejap kalau tak larat...

Setelah lebih kurang 30 minit kami sampai ke puncak...Uqaiel dan Naufal yang sampai dulu...Hilang penat lelah setelah melihat pemandangan jambatan pulau pinang di kejauhan...Kat atas ni ada kemudahan Gym...rajin la diorang angkut semua besi naik atas ni...

Setelah berehat lebih kurang sepuluh minit, kami pun turun, sebab hari dah mula hujan...Nak turun lebih mencabar apatah lagi trek yang licin dibasahi hujan...Akhirnya setelah 40 minit kami sampai di bawah...dengan Nabil dan Uqaiel mendahului....

Gerbang pintu masuk..

Ada dua trail, yang ni mencabar sikit sebab tak ada tangga..
Kami pilih yang bertangga, tapi tetap curam..

Mula-mula semua mendaki dengan penuh semangat..
Nabil mendahului...
Sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan..

Nabil yang tetap tersenyum walaupun kepenatan..

Naufal dan Uqaiel yang mendahului...
 
Akhirnya bergembira setelah berpenat lelah...

Masih tetap bersemangat...!

Walaupun kaki menggeletar....
Tapi puas hati dapat sampai ke puncak dan menikmati pemandangan indah..
Untuk turun, lebih mencabar, terasa terbakar otot paha...


Semua puas hati...walaupun basah seluruh baju...
 *Minggu depan kita pergi lagi..!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails