Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2011

Aneka kuih untuk berbuka

Kat negara kita ada bermacam jenis kuih. Namanya, rupa nya terkadang pelik-pelik dan ada yang yang kita tak pernah dengar, nampak apatah lagi makan. Di samping itu nama dia tak menggambarkan rupa si kuih itu langsung. Mari kita selusuri.....




Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Aku suka kuih ni memang best....rupa pun nampak cantik..




Kuih paling sexy= Puteri Mandi



Seingat aku pernah makan masa di Kelantan, lepas tu tak nampak kat Penang ni...






Kuih paling keji= Taik Itik



Yang ni pun rasa tak pernah makan...hehehe...asal kelantan jugak rasanya..






Kuih bajet cute= Cek Mek Molek



Yang ni pun best, manis-manis gitu...





Kuih untuk awet muda= Seri Muka



Selalu makan. Dulu arwah mak memang selalu buat.....Cuma yang tak suka kalau warna hijau tu terlalu nampak artificial...hehhee





Kuih paling alim= Kuih Ketayap



Ok jugak la kuih ni, kalu takde songkok, ketayap pun berguna jua....hehehe






Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk



Huih..ni masa raya memang salah satu feveret ni...





Kuih suka pukul= Kuih Lompang



Ummi selalu beli kalau pergi beli kuih...






Kuih dalam zoo= Badak Berendam



Jarang nak jumpak kat Penang ni...Teringin pulak..





Kuih paling mahal... Jala mas



Langsung tak pernah rasa...tak tau le macamana rasa dia..






kuih paling tenteram = biskut makmur



Ni pun best, rasa dia ala-ala biskut arab...( arab pun tak buat biskut tu ..hehehe)












***Copy dari FB " Angah Fiza" Thanks sebab bagi copy....manakala gambar dari pakcik google...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails