Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Raya Aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Raya Aidilfitri. Papar semua catatan

Selasa, 12 Ogos 2014

Persiapan Raya

Selamat Hari Raya dan maaf Zahir dan Batin, walaupun hari ni dah masuk hari ke 16 Syawal, aku baru berkesempatan nak tengok blog. Jom kita layan persiapan Anak-anak Haji Amir untuk menyambut hari raya...
Gambar semasa sembelih ayam tak ada...

Bukak daun palas untuk buat ketupat...Bersama K.long & anak-anak sedare..

Tekun tanpa gossip...
Siap jugak akhirnya...
Along pun tolong jugak potong bawang...

Pini siap berspek lagi..

Farha dan Aina membasuh ayam yang disembelih...

Kali ni masak rendang kat luar...Kak Long jadi Chef , macam biasa la...Kak Rosdah nak pi rumah MIL dah tu...
Bersama The Rendang Master Chef...dan Tasneem...

Sampai malam la kacau rendang...bersama Tasneem (anak sedara)...Faiez kat belakang tu...

Dah siap...

Kat dalam rumah...Wife isi biskut dalam balang....

Bersama Imah...

Ni tokeh masak lemak perut...Pinny....mavelesss...
Kita buat ketupat pulak...bersama Kak Long dan Kak Lili...Tahun ni kita bagi Abah rest..

Sapa kata orang lelaki tak pandai buat ketupat....

Dah siap kerja kita bergambar ramai-ramai sambil buat ucapan raya...yeeeyyy!!!

Ni pun keluarga Kak Ros dan Kak Linda takdak ni...kalau tidak lagi ramai...

Macam-macam aksi...

***Meriah sungguh....walaupun ada la sikit kontroversi....hehehehe








Isnin, 5 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434 / 2013



TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)

Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433/2012


Bersongket emas tenunan tangan,
Untuk persalinan dipagi lebaran,
Berbaju kurung indah di mata,
Manis dan sopan bertudung kepala,
Jalan menunduk anak siapa,
Selamat hari raya kami ucapkan,
Pada semua handai dan taulan,
Kalau ada terkasar bahasa,
Berbuat gurau terlebih senda,
Ampun dan maaf jua yang kami pinta.

Embun menitis di pagi hari,
Fajar menyinsing di ufuk kali,
Beduk dipalu memecah sunyi,
Takbir bergema sayu dihati,
Tanda menjelangnya si Aidilfitri,
Andai ada sekelumit benci,
Mungkin ada terasa hati,
Salah dan silap apatah lagi,
Kami menghulur sepuluh jari,
Hanya kemaafan yang kami ingini. 


***Hari ni last aku update blog, seminggu lebih beraya di kampung. InsyaAllah berjumpa lagi selepas raya nanti...Yang nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asalkan selamat..!!

Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432


Tak terlalu awal kiranya aku mengucapkan Selamat Hari Raya, buat semua kaum keluarga, sahabat handai dan member-member blogger di mana juga berada. Yang sudi singgah di blog Anak Haji Amir, dan terkadang tersinggung dengan apa yang dipaparkan di sini. Aku mohon ampun dan maaf dari segala kesilapan dan keterlanjuran yang aku tak disenagaja atau pun sengaja. Aku juga manusia biasa yang mempunyai sifat marah, sedih, suka, duka, dendam. Oleh itu lagi sekali aku memohon kemaafan...

Buat yang belum melangsaikan zakat fitrah, cepat-cepat lah tunaikan kewajiban kita. Yang mana nak pulang ke kampung tu berhati-hati memandu dan rancang perjalanan.
Buat Ayahanda dan kaum keluaraga, aku kan pulang pada hari raya yang kedua, InsyaAllah. Buat keluarga mertua, aku akan balik beraya bersama diorang pada hari ahad, InsyaAllah..

Terasa nak pantun sikit, bukan selalu setahun sekali je....







" Kayu gaharu dipatah-patah


Daun keduduk dipetik lalu diperap


Batang cengal didirikan wakaf


Memang sudah menjadi lumrah


Saya memang banyak salah dan silap


Harap sudi beri ampun dan maaf "








" Pipit dan enggang terbang bersama


Singgah sebentar di pohon lada


Melepaskan lelah dan juga dahaga


Walau di mana jua anda berada


Semoga berbahgia di hari raya


Namun jangan dilupa insan yang tiada "


Selamat Hari Raya..!!!

***Aku akan bercuti dari berblogging mungkin selama seminggu..MUNGKIN...terpulang kepada tahap kesibukan dan tahap signal broadband aku semasa di kampung atau tempat aku beraya...hehehe

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails