Jumpa lagi selepas balik bercuti. Apa-apa pun puas hati sangat apa yang telah di lalui semasa bercuti tiga hari di kampung Padang Serai.
Sabtu lalu 29 Ogos, kami sekeluarga tiba di kampung dalam pukul lima lebih, K.Lili, Adik dan K.Ros dah sampai. Manakala Imah dan Ijal dah sampai awal lagi. Ijal dan Adik sedang bersiap-siap untuk membakar ayam dan ikan keli untuk juadah berbuka. Dengar-dengar lauk-pauk yang lain dah siap dimasak. Daging masak ramas sponsor by K.Ros, kari ikan sponsor oleh Farha, yang lain-lain Imah buat kot. K.Lili beli beberapa jenis kueh kat changkat jering.
Untuk merasai ke"happening"annya mari kita layan gambar...
Persiapan Untuk Berbuka Puasa
Ni pula ikan keli yang dibeli dari Yong ( Mak Lang ) yang sedang dipanggang
Achik, Safwan, Angah dan Along.
Setelah berpenat lelah berusaha, ni lah part yang paling best in the world...part makan..
Berbuka Puasa
Setelah masuk waktu berbuka, " Allahumma laka sumna, wabika amanna, wa'ala rizkika aftarna, birahmatikaya arhamarrahimin....." Dibaca oleh Haji Amir..
Lihatlah segala juadah yang disediakan......Ya Allah, lazaaatttnyerrr......
Tapi yang paling lazzzzzzattttttttttttee sekali ni la..Laksa Mi, K.Long, K.Linda dan Pinny, jangan jelesss......( gambar ini tidaklah bermaksud tuk mengurang pahala sesiapa samada yang hidup atau yang mati )
Abah makan macam orang nak start lari seratus meter...Releks lar abah, sempat lagi semayang maghrib berjemaah..
Gambar yang blur tu adalah kerana mereka menggunakan kuasa 'bionik' untuk menagambil lauk dengan pantas supaya tidak kehabisannnnullazii...
abah menggunakan kuasa bioniknya untuk makan, tu yang tangan jer blur, tapi takpa untuk tujuan kebaikan, nak pergi sembahyang maghrib berjemaah...
Sampai tersenget-senget la...Hai..
Beberapa lagi aksi bionik...Hehehehe...
K.Lili tersengih melihat semua menggunakan kuasa masing-masing...
Abang Ngah menambah nasik.....
Makaaannnnn.....
Abah, dari duduk macam nak lari, bertukar posisi dengan duduk bersila...
Imah yang tak makan nasik, cuba merasa keenakan laksa mi....Sambil K.Ros bercerita apa tak tau...
Laksa mi dirasa oleh Adik Pulak...
Walla....kata adik menandakan kesedapan laksa mi...
Di antara juadah berbuka.
Lagi juadah berbuka.
Kueh yang best, badak berendam, cuba cari...hehehe....
Walaupun orang lain dah habis makan, ada jugak golongan-golongan yang makan sampai tak ingat dunia, asyik ingat akhirattt saja...hehehehe.....
Ni pun sama macam golongan di atas, siap tukar tempat lagi bagi mengelirukan pihak musuh...
Ini memang tak ingat dunia ni, minum terus dari jag ( jangan tiru adegan ini di rumah, demi faktor keselamatan )
Ni makan sampai tidur ker????
"Ni bukan apa, nak perabih atau ratah lauk yang tinggal sikit-sikit tu, nanti membazir...kerana 'Innal mubazziri na ikhwa nasyayatin..."( mintak tolong Daud refer kepada orang yang lebih mengetahuinyaaaa samada betul atau salah...) Kata K.Lili
Sembahyang Teraweh
Minggu sudah kita disajikan dengan gambar teraweh versi muslimat dari K.Linda, minggu ni versi muslimin pulak..
Setelah berhempas pulas berbuka puasa( uihh macam le berbuka di medan pertempuran ) akhirnya sempat juga berteraweh.
Yang sorang kat belakang tu Abang Ngah. Semua orang dah cabut..
Gambar keseluruhan yang bersembahyang..
Perasan tak, tadi Abang Ngah sorang kat belakang, tapi setelah dia pi tarik telinga Safwan yang bersembang kat luar, menyebabkan Safwan tiada pilihan lain selain meneruskan embahyang teraweh...
"Allahhuakbar..." Allah Maha Besar..
Gambar masjid yang diambil dari pintu rumah. Tak boleh harap betol kameraman ni ( Angah ) yang balik rumah selepas bersembahyang hanya lapan rakaat sahaja. Orang nak suruh dia tangkap gambar masa makan moreh, dia hantam pi balik tangkap gambar kat rumah pulak...Tak leh harap tolll.....
Nabil yang sedang bermain dalam rumah..
Begitu juga dengan Irfan...