Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Palestine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestine. Papar semua catatan

Sabtu, 17 November 2012

Laknatullah punya Israel..!!!!

Dah tiga hari aku demam, jadi tersadai kat rumah depan TV. Bila tengok berita kat TV, rasa begitu geram dengan keganasan yang Israel lakukan terhadap umat Islam Palestin...Rasa marah sesangat dengan apa yang diorang lakukan dan macam direstui pulak oleh polis dunia...

Yang aku tak tahan sekali ialah bila terpampang kenyataan Perdana Menteri aku, negara ISLAM tentang isu Palestin ni...Bila aku tengok terus aku bukak Blog dia yang sebelum ni tak pernah aku bukak...Bukan apa cuma nak pastikan betul ke apa yang dilaporkan TV...

Nak tau apa yang dia kata...Dalam ayat dia aku tak nampak pun ayat dia mengutuk kekejaman Israel....yang dia cakap "kedua-dua" pihak menghentikan keganasan....Apekejadahnya Palestin yang jadi pengganas pulak....Dah sah-sah Israel laknatullah tu yang serang Palestin terang-terang....dan Palestin hanya mempertahankan negara mereka...

Malu aku ngan Pednana Menteri aku ni....Nampak sangat yang dia ni takut sangat dengan Amerika dan Yahudi....Kalau Si Soi Lek ke tak pun Singapura punya PM yang keluarkan kenyataan tu aku boleh terima lagi la, sebab dia bukan Islam...Memang mamat ni tak sensitif betoi....

***Petikan yang aku copy dari blog dia,....

"Malaysia bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza.
Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan tersebut agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban."



Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails