
Reban ayam yang dipadlock...
Tadi masa balik dari sembahyang Jumaat, Abah call lagi. Aku heran jugak kenapa call lagi, takkan nak suruh balik kampung jugak-jugak. Aku jawab, setelah jawab salam semua bagai, abah bagitau..
" Ni nak habaq ni, "
" Tadi masa abah pi masjid, ada orang nak curi laptop Imah( imah yang sedang menganggur kat kampung )"
" La macamana pulak.." aku tanya..
" Imah kata, dia duduk kat depan.( masa orang tengah sembahyang jumaat )Dia dengar bunyi ayam berketok-ketok"
" Bila dia masuk bilik, nampak ada satu lelaki kat tingkap naco, tengah guna paip kuis laptop dia atas katil"
" Budak tu bila nampak Imah terus tunduk dan lari la"
" Imah nampak ke sapa budak tu?" aku tanya..
" Imah kata dia kenai budak tu, anak............"..
Aku jadi bara la...Dah la tak pegi sembahyang jumaat, siap boleh nak mencuri pulak tu...Memang dulu kami hanya syak je mamat tu yang curi ayam dalam reban, setelah reban ayam abah padlock kan, tak ada apa lagi dia nak curi...Aku balik nanti, nak bawak Imah pi rumah dia, nak tanya kat depan mak bapak dia, " Ha Imah, budak ni ka yang nak curi laptop kamu tu ?"...
Ya Allah selamatkanlah keluarga aku dari segala bencana...Berilah taufik dan hidayah pada sipolan yang tersesat jalan itu.....( budak ni dikatakan penagih, tu yang kerap mencuri tu, sebab takde bukti yang jelas, selain kesian kat mak bapak, dan family dia yang memang baik )