Suatu pagi, selepas balik dari surau, kami rasa tak tau nak buat apa. Memandangkan abah dan abang-abang ipar yang lain masih belum balik dari surau. Kami mengambil keputusan untuk meronda-ronda sekitar Seberang Perai. Tanpa arah tuju, kami memulakan perjalanan dengan menaiki kereta Ijal.
Mengambil keputusan berhenti di kawasan Pantai Bersih ( yang tak berapa nak bersih ) di Teluk Ayer Tawar. Memerhatikan keindahan alam sambil menanti terbit sang mentari...Tenang dan damai, sambil menghirup udara pagi yang bercampur bau hanyir laut....Air surut ketika itu, kelihatan ikan belacak kelihatan berenang-renang di daratan..
Menanti Sang mentari..
Ijal yang masih berkain pelekat..
Keindahan alam yang patut di syukuri..
Di kejauhan, kelihatan bangunan tertinggi di Pulau Pinang, Komtar...