Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 30 September 2009

Sedikit Video Klip Rayaaa.....!!!!!


Assalamualaikum semua..... Salam Aidilfitri buat semua. Harap maaf sebab tak sempat nak update seperti yang dijanjikan kepada K.Long iaitu pada 9 atau 10 syawal. Terlalu sibuk sementelah pula internet punye la slow...Nak bukak blog pun tunggu berejam, tu belom upload gambar lagi.

Sementara menunggu semua gambar Hari Raya di upload, layan la dulu klip video ni yang di ambil pada pagi raya dan tidak di ketahui siapa yang menangkapnya....

Dalam klip ni rasanya semua orang baru bersiap-siap tuk bersembahyang sunat aidilfitri, tapi tengok K.Long selamber rock jer mengunyah kueh raya...Hehehehehe...( mungkin sebab bulan posa tak leh makan pagi, tak bagi can....jangan marahh....)



Jumaat, 11 September 2009

Salam Aidilfitri

Hanya tinggal lebih kurang satu minggu lagi kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan dan bakal menyambut kedatangan Syawal iaitu bulan kemenangan bagi orang-orang yang mengerjakan ibadah puasa dan lain-lain ibadah dengan tekun di bulan Ramadhan.



Tak terlalu awal rasanya kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua yang sudi melawat blog 'Anak Haji Amir' ini, terutamanya semua ahli keluarga yang tercinta yang berada di seluruh pelusuk Malaysia maupun diluar negara.



Buat Ayahanda yang tercinta, Haji Amir, ampunkan segala dosa dan keterlanjuran, semoga sabar menanti kedatangan kami sekeluarga, InsyaAllah pada hari raya yang kedua...

Pada seluruh kaum keluarga, Maaf zahir dan batin, ampunkan segala kesalahan. Maaflah sekiranya tak dapat kad raya pada tahun ini. Di harap blog ni dapat menjadi pengganti diri.


***Ada satu pengumuman !!!!...Seperti tahun sudah, K.Ros ada cadangkan untuk mengumpul sedikit sumbangan dari semua ahli keluarga, yang mana duit tu lah yang akan digunakan sebagai segala perbelanjaan persiapan Hari Raya ( tak lah nanti siapa yang pergi Pantai Remis saja yang mengeluarkan belanja )Manakala sekiranya ada baki, duit tu akan diserahkan semula pada abah, mungkin tuk membayar segala bil air dan elektrik.

Cadangan telah dibuat iaitu RM 100.00 bagi yang dah berkeluarga, manakala RM50.00 untuk yang bujang.
Antara yang telah dihubungi dan memberi persetujuan ialah Ijal, Pinny dan yang empunya Blog. Cadangan masih terbuka untuk apa-apa pindaan...Sekian Harap maklum....

Rabu, 9 September 2009

Hantar Adik

Salam......Ramadhan hanya tinggal lebih kurang dua minggu. Bahang kedatangan Syawal kian terasa. Di masjid-masjid, amil sudah mula menerima zakat fitrah.

Di sini ada beberapa keping gambar yang telah diMMSkan oleh Daud. Menurut Daud gambar ini diambil pada Hari Isnin yang lalu( 7-9-09 ) semasa menghantar Adik ke stesen bas untuk pulang ke Pulau Pinang. Adik pergi ke KL pada hari jumaat lepas untuk berbuka puasa di rumah Ijal dan K.Linda. Imah dan Daud pun turut serta. Namun begitu tidak pula disertakan gambar suasana berbuka puasa.
K. Linda macam biasa tersengih kerana memandu kereta baru, Daud mencuba untuk buat muka ala-ala manja tapi tak jadi, Imah dan Adik dan Fildza pula cuba menempelkan diri untuk masuk dalam gambar manakala Basyirah pula tak nampak sebab pendek sangat.
Hey....ni nak bawak kereta ker nak bargambar, nanti kena saman baru tau ( sebab sekarang ni Polis bersungguh-sungguh buat roadblock maklumlah dah dekat nak raya-nak cari duit raya )
Basyirah kelihatan tak larat sebab puasa....

Imran dalam gambar ni nampak kaki jer, mungkin sebab kamera tu kecik sangat, yang muat kaki jer.... Adik tidak dapat menunjukkan badannyer yang tough sebab badan Fildza dan Basyirah yang menghalangnya...
Walaupun agak tak berapa clear, tapi jelas nampak kaki Imran....Kesian Imran, muka tak nampak....Tak dapat dipastikan samada Imran tidur atau ada konspirasi yang tak bagi dia nampak muka...



Khamis, 3 September 2009

Bersahur 2

**Sebelum kita ketajuk utama, disini diselitkan sekeping gambar yang diMMSkan oleh Daud semasa dalam perjalanan ke bazar ramadhan di Beruas bersama Abah pada 1 Sept 2009 ( anak-anak yang lain telah pun balik masa ni )
Daud yang membuat muka ala-ala manja di sebelah Abah.

Post ini adalah kesinambungan daripada post yang yang lepas, dimana berkisar tentang keaaaan aktiviti bersahur di kampung setelah selesai aktiviti berbuka puasa pada sebelah petang dan bersembahyang teraweh pada sebelah malamnya.
Seperti biasa awal-awal pagi abah dah mengarahkan semua anak, menantu dan cucu-cucu untuk bangun seawal 4.30pagi. Tapi orang perempuan bangun lebih awal untuk menyediakan juadah untuk bersahur.
Seperti biasa pelbagai ragam gambar yang dapat dirakamkan semasa bersahur ini. Diantaranya ialah menunggu giliran untuk memasuki bilik air, wajah-wajah yang tak bermaya dan mengantuk, dan tak lupa juga anak-anak yang menyibukkan diri bangun awal walaupun mereka tidak berpuasa.

Untuk lebih menyelami keadaan sebenar, mari kita saksikan beberapa aksi yang berjaya dirakamkan....( Untuk perhatian, ada sedikit kesilapan teknikal pada kamera yang membuatkan tarikh yang tertera pada gambar bukanlah tarikh yang sebenar-Tarikh yang sebenar ialah 30hb Ogos 2009 )

Bersahur

Kelihatan Imah yang bertinggung di tepi air teh. Di belakang Abang Ngah yang cuba menidurkan Ihsan, tapi malangnya dia yang tertidur ( kepala terlentuk )

Along yang tertidur semasa menunggu untuk makan sahur kerana terlalu mengantuk kerana tengok bola malam tadi.

Aina dan Achik yang bersiap-sedia untuk makan. Naufal pun bangun menyibukkan diri( tuk pengetahuan Naufal bangun semasa sahur dan tak tidur sehingga malam )

Diantara juadah bersahur, Lauk berbuka puasa.

Abah yang first sekali bersiap sedia di hadapan juadah, sambil memanggil semua anak cucu supaya cepat..
Semua bersiap sedia untuk makan sahur.

Semua dah nak makan

K.Lili mengaminkan doa ( dia marah lagi la post gambar ni )

Makan...Makan.....


Ni tak tau tangan dok tadah apa...tak paham..

Ni kalu tak tau ni Kak.Ros yang cuba menyembunyikan identitinya setelah terperasan ada orang ambil gambar( tunggu giliran nak masuk bilik air )

Abang Lang dan Angah pun tunggu giliran jugak...

Orang dah pun makan...

Lagi, makan...

Makannnn......

Ni ahli kelab mana pulak ni....( kelab pendidikan jasmani kot )

Dua orang yang tak berpuasa yang menggagahkan diri untuk bangun bagi mendapatkan keberkatan waktu bersahur...

Angah yang sedang mengikis kuah masak ramas daging..Kikih jangan tak kikih...

Muka macam tak lalu makaaann je....

Aina yang lemah gemalai mengepal nasik...

Ni orang lain makan kat bawah, dia sorang makan atas kerusi...

Kenapa Abang Lang, macam rupa orang tercekik je...Ambik air....ambik air...

Ni la orang yang termuda sekali yang bangun sahur pagi tu...Ihsan.

Ijal menunjukkan aksi bagaimana hendak mengeluarkan taik idung tanpa memasukkan jari kerana telah masuk waktu imsak..

Tiba-tiba pulak orang yang tak puasa nak makan sahur....Irfan..

Irfan menunjukkan cara makan nasik yang membolehkan nasik yang dimakan tidak bertukar menjadi lemak, iaitu dengan merapatkan serapat yang boleh muka ke pinggan dan perut ke paha...

Abah yang sudah makan berehat di atas kerusi sementara menantikan waktu sembahyang subuh..
Along yang tidur balik sambil layan MP3..

Adik yang macam biasa mengeseh (mengeluarkan hingus), resdung...

Abang Lang pun sambung tidur sambil duduk manakala Ijal pulak baca paper semalam..

Acara tidur kuak sisi oleh Angah..zzzzz..

Yang ni pula gambar yang berjaya dirakamkan oleh Safwan pada malam yang berikutnya( Kak Ros dah balik rumah Mak Lang ). Di masjid padang serai, moreh. Malam tu makan laksa bersama air teh dan kopi-O.
Gambar sengaja tak di clearkan untuk merahsiakan identiti orang yang makan laksa ( sebab nanti berbau hanyir ikan )


Gambar laksa pun sengaja di blurkan supaya orang ramai tidak boleh meniru resepi laksa tersebut...

Bahan bukti, air kopi-O yang telah habis diminum bersama jagnya sekali

Ustaz Aa...Glamer tu...


Pak Lah yang menyediakan moreh...

Pak Cik Jali...Masuk blog tu...
Ni pulak gambar keesokan harinya 31hb Ogos 2009, hari merdeka yang mana seluruh rakyat "Satu Malaysia" dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak oleh PM kesayangan 1 malaysia.
Hari ni semua orang akan balik setelah berada dikampung. Gambar yang sempat dirakam hanyalah semasa Ijal nak balik sebelum kamera kehabisan bateri..
Ijal dan Adik mengemas-ngemas barang di dalam bonet kereta.

Nabil dan Irfan pun menyibuk sama..

Bersungguh-sungguh menyiapkan assignment....Guna jurus 2 jari jer...

Vroomm....Vroomm..Apasal tak jalan pun....rosak kot...

Oooo kene pakai spek itam baru leh jalan....

Bergambar dulu sebelum balik..

Tak gerak pun dari tadi??

Gagah nak try gakk.....

Semua yang melihat merenung marah sambil mencekak pinggang tak puas hati...

Alahaiii sapa plak punya cap jari kat kereta aku ni...baru semalam polishh...

Ok...Gerak dulu....

Maju ke depan.....

Peace.... Dengan beg-beg kaler pink...

Selamat jalannnn.....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails