Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 31 Mac 2011

Anak-Anak dan Basikal

Anak-anak...ya anak-anak aku ni bila time diorang main basikal, memang tak ingat dunia dah. Hujan ke panas terik ke, asyik main je ( nama pun budak-budak kan )...
Uqaiel, walaupun tak boleh berbasikal, tapi dia yang paling menyibuk...

Naufal dan Nabil...jangan tiru mat rempit ok...


Uqaiel pun nak ikut sekali ronda-ronda...pegang kuat-kuat...


Sampai nampak punggung tu...

Kalau dah letih, lepak dulu....


***Itu la aktiviti diorang kalau ke rumah Mak Tok...!!!

Rabu, 30 Mac 2011

Pagi Yang Dingin Di Kampung Ku

Kalau kat kampung pagi-pagi memang best.. Samada nak menikmati pemandangan sekeliling masa matahari nak memancar, ataupun tidur dalam suasana pagi yang sejuk...Tapi rugi kalau tak menikmati keadaan pagi sebelum matahari memancar kan... Gambar yang aku ambil ni dah agak lama dah, godek-godek dalam file gambar yang lama, jumpa pulak...Gambar diwaktu pagi selepas balik dari bersembahyang subuh....Pagi ni Naufal ikut sekali walaupun masa tu umur dia baru empat tahun kalau tak silap...
Nun tinggi di atas langit, sang bulan...

Matahari dah mula menampakkan bayang-bayang berwarna oren...

Beransur-ansur menjadi cerah...

Lagi cerah...

Bila dah agak cerah, lensa kamera dapat menangkap suatu objek..!! apa tu...?

Naufal la yang memang ikut sekali...hehehe...

Cahaya matahari dah pun mula menyinar walaupun dianya masih belum kelihatan...


Jalan masih digenangi sedikit air, malam tadi hujan agaknya...

Naufal yang sengaja memijak lopak air...

Dah cerah kan...dikejauhan terlihat lampu motor...orang dah memulakan aktiviti seharian diorang...
*** Rasa nyaman je tengok gambar ni...

Selasa, 29 Mac 2011

Ayam Hutan

Semalam, dalam pukul 3.30petang lebih kurang. Sedaang aku sibuk buat drawing kat office, aku dapat satu MMS dari Daud.




" Ayam hutan masak kicap, ikan lampam goreng kunyit..by imah.."


Beserta gambar ni...

Aku yang memang belum makan tengahari ( sebab nak siapkan drawing )terus rasa lapar yang teramat sangat....Arghhhh...!!!!


Terus telifon Daud yang berada di kampung... Dia bantai gelak kat aku...cis..!! Aku tanya la mana dapat ayam hutan, dia kata dia dengan member pegi tangkap malam tadi gunakan penyauk. Kat kampung memang ada banyak ayam hutan yang menumpang tidur di dahan pokok kelapa sawit.

Nanti mungkin nak ikut dia menyauk ayam hutan jugak lah...Tak boleh jadi ni.....!!!!


***Baru tadi telefon Daud, dia bagitahu yang malam tadi diorang dapat burung Wak-Wak ( Ruak-Ruak ) pulak....Argghhh!!!! lagi jeles la aku ini...


Gambar Burung Wak-wak dan anak ayam hutan yang Daud tangkap....Exotik tu...


Isnin, 28 Mac 2011

Baju Jubah..

Weekend yang lepas tak pergi kemana-mana, hujan mencurah dari pagi ke malam.. Nak jalan-jalan pun malas, sementelah pula bebudak dan mak budak tak berapa sihat. Jadi, dok rumah sambil tengok ultraman je la ngan bebudak.... Gambar ni dah lama, gambar kami memakai baju yang Kak Lili beli di mekah. selesa gak pakai jubah ( jubah ke ) ni...bebudak pun suka, cuma Uqaiel je saiz dia dah kecik/pendek...
Tengok baju Uqaiel yang singkat paras betis....

Tengah melayan Uqaiel atas katil baru Tok Wan...





*** Takde apa yang nak ditulis buat masa ni...hehehhe

Sabtu, 26 Mac 2011

Rendang Ayam Kampung..

Di pagi-pagi hari Sabtu ni teringat rendang ayam kampung yang Kak Lili dan Imah buat masa aku balik ke kampung dua minggu lepas....Kelazatannya masih terasa di hujung lidah...hehehhe..



Ayam kampung, 4 ekor yang kami sembelih...


***Mana la aku nak cari rendang ayam kampung yang sedap lagi berkhasiat ( berkhasiat???) kat Penang ni...hehehehe

Jumaat, 25 Mac 2011

Bukit Bendera...

Hari selasa lepas, Bos tanya aku free tak ( maknanya ada apa-apa meeting tak )...aku cakap la aku ada appointment dengan orang Air con. Dia kata nak ajak aku pergi Bukit bendera, ada job kat sana. Terus aku kansel aku punya appoinment...hehehe...nak ikut.

Bila sampai sana, memang tempat ni tak dibuka pada orang ramai lagi, masih dalam pengubahsuaian. Tu la tujuan kami dipanggil ni pun, untuk design waiting area, kaunter dan macam-macam lagi la.

Masa tu la aku naik Trem baru ni ( trem lama yang warna merah putih tu dah dibuat muzium ). Akhirnya berjaya gak naik ( sebab sebelum ni dah 2 kali datang sini dengan family nak naik, tapi belum dibuka )

Trem masa memula nak naik..

Dah mula jalan...laju gak...masa naik ni kelajuan dia 6 meter persaat, mengambil masa 6 minit tuk sampai ke atas...

Kat depan tu tak tau sapa, diorang naik dengan management punya orang...

Tempat duduk dia...

Masuk terowong...

Keluar terowong....

Akhirnya sampai kat atas.....

Kat sini la salah satu tempat aku kena design...

Dulunya deretan kedai, nak dijadikan information kiosk...

Nak pergi ke kawasan bukit bendera...selepas keluar dari trem..
Pemandangan Pulau Pinang yang sempat dirakam...

Lorong keluar dari trem..

Ni pulak bila dah turun bawah balik...
Besi asal yang digunakan tuk kaunter tiket...

Penerangan tentang trem ni...

Ni projek kerajaan pusat tau...Barisan Nasional ( dulu la, sekarang dia serahkan kepada kerajaan Pulau Pinang )

Yang ni pun akan di 'dismantle' dan di design semula...

Sign board....hehehehe...satu malaysiaaa....

Gambar rel dari bawah...


Tapi diorang nak semuanya disiapkan sebelum akhir April...( dibuka pada orang ramai )..tu yang rasa macam tak sempat, dengan kerja yang banyak kat tangan sekarang. Bos tanya macamana, terus aku jawab, kalau ikut aku la, aku tak buat...hehehe....so tak tau lagi samada nak buat ke tak...sebab kami kena sediakan proposal dan quotation dulu, mungkin dapat kat orang lain ( sebab sekarang Penang mengamalkan ;open tender', tak macam masa BN memerintah dulu, semuanya bagi kat Bumiputra- tapi Kroni Um...o la...hehehhe...

Kongsi video yang aku ambil....

***Kalau nanti korang datang sini, design dia tak cantik tu bukan aku buat ok...kalau cantik tu kemungkinan besar aku design....hehehehe

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails