Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 29 Julai 2013

Apa nak jadi kampung ku..!

Aku balik kampung hari sabtu dan ahad lepas. Apa yang aku nak komen sikit kat sini air punya la slow lagi slow dari siput babi kat belakang rumah. Hari ni aku dapat tahu dari adik aku yang air langsung takdak kat kampung.
Aku pun apa lagi hangin la satu badan, kesian kat abah dan adik-adik kat kampung. Aku pun telefon la Lembaga Air Perak ( LAP ) Pantai Remis. Ada la sorang mamat tu angkat, perbualan lebih kurang macam ni,

Aku : Assalamualaikum, saya nak buat laporan yang kat Kampung Padang Serai takde air la hari ni...

Mamat LAP : Waalaikumsalam, ye kami dah tahu dah, sekarang tengah buat pembaikan..

Aku : Boleh saya tahu kat mana yang rosak tu...

Mamat LAP : Er..er...saya pun tak tahu kat mana...

Aku : Awak kerja dengan LAP tapi awak tak tahu, macamana pelanggan macam saya yang nak tau, tapi awak kata tak tahu..Walaupun kami kat Padang Serai ni semua orang kampung, jangan la nak memperbodohkan kami...( aku dah mula naik angin )

Mamat LAP : Takpe lah ye terima kasih....( Terus letak telefon...)


Aku apa lagi, memang angin la satu badan....Aku telefon balik..

Aku : Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni..

Mamat LAP : Er...er...Mohd. Azlami....

Aku : Encik ke yang letak telefon tadi..?

Mamat LAP/Mohd Azlami : Er,....saya banyak kerja la...orang ramai mintak tu, mintak ni...

Aku : Ok encik, sebagai pelanggan yang membayar perkhidmatan encik, tak sepatutnya encik buat macam tu....ok takpa saya akan buat satu surat tentang perkara ni...Terima kasih....( aku pulak letak telefon )

Aku tak faham la, kat kampung selalu je masalah air, kita merdeka 50 tahun dah...Tapi masalah macam belum merdeka lagi. Lagi satu petugas-petugas awam ni macam buat kerja sambil lewa je..Takkan la bila pelanggan tanya buleh cakap tak tahu, ( kalau aku cakap kat bos atau client aku tak tahu, maunya aku kena marah..) Bila aku cakap lebih sikit, boleh pulak letak telefon, sungguh kurang hajar namanya..!( Bayangkan la kalau aku kata aku sibuk dengan client aku sebab aku letak telefon, apa agaknya yang client aku tu nak buat?? ) ..langsung takdak skill PR ( public relation )....Kalau kita tak bayar sikit duit dah terhegeh-hegeh nak potong air...Tapi bila pelanggan ada masalah, bukannya nak jawab dengan berhemah...

Apa yang ADUN pengkalan baru buat pun aku tak tau la...aku sehari suntuk cari FB, cari email nak cc surat aku kat LAP Perak...Tapi hampeh, memang kuno betoi la...Ye la ko tadbir kampung-kampung macam kampung aku, tapi tak semestinya still pakai telefon, fax dan surat menyurat je...Memang ......la....

Selasa, 9 Julai 2013

Selamat Datang Sayang ( 2013-1434 )...!

Kekasih ku datang lagi..
Ramadhan....
Ya, Ramadhan datang lagi menjengah. Memberi peluang kepada insan kerdil seperti aku mengumpul sebanyak mungkin pahala dan peluang keemasan yang diberikan pencipta, Allah yang Pengasih dan Penyayang. Hanya kepada umat Nabi terakhir, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., bukan kepada umat-umat nabi terdahulu yang bertubuh besar, gagah perkasa dan panjang umurnya .

Ya, insan kerdil dengan jangka umur yang pendek seperti aku amat memerlukan belas kasihan dari Rabbul Jalil. Oleh kerana kasihnya Allah pada Junjungan Besar Nabi Muhammad, maka dikurniakan bulan yang mulia, bulan Ramadhan kepada kekasihnya dan tempiasnya dapat kepada aku umatnya.

Semua kebajikan digandakan buat kita dibulan ini. Semua amalan sunat digandakan pahalanya seperti amalan wajib. Manakala amalan wajib digandakan sebanyak 70 kali. sepertimana kata ustaz dalam ceramahnya, sekiranya kita bersedekah pahalanya seperti membayar zakat dan sekiranya kita membayar zakat/nafkah digandakan menjadi 70 kali ( contoh bayar zakat RM 1000 sama dengan pahala kita berzakat RM 70,000..!!!! ) Tapi yang paling penting sekali niat atau hati kita...." Innamal a'malu binniat" yang bermaksud Hanya sesungguhnya segala amalan itu dengan niat. Tak lupa juga anugerah " Lailatul qadar" dari Allah buat kita.
Dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan buat Bapak yang disayangi Haji Amir, Isteri yang dicintai, anak-anak, kaum keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, jiran-jiran dan tak lupa juga semua pengunjung blog Anak Haji Amir...Semoga kita semua mendapat keberkatan....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails