Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 17 September 2012

Zoo Taiping

Bebudak memang kata teringin nak pergi zoo Taiping, sementelah pulak diorang tak pernah pergi ke zoo. Alang-alang dah dekat terus menghala ke Kemunting walaupun dah pukul lima lebih. Bila sampai sana pukul enam. Selepas naik tren satu round, baru kitaorang jalan-jalan.

Binatang yang paling tinggi, Zirafah...

Ni masa atas tren...semua teruja, cuma laju sangat tak puas tengok...

Ni kat depan zoo tu, tak dapat bergambar ngan buaya betul, buaya patung lagi bagus, siap boleh masuk tangan dalam mulut lagi...

Hippo, siap boleh letak kaki dalam mulut....



Di depan unta, diorang memang suka bergambar ala-ala zombi ( terpengaruh main game zombi )


Ummi dan anak-anak dalam gaya zombi....


Tengok tangan Uqaiel tu, tu la tangan zombi....



Berlatar belakangkan kawanan gajah...

Ummi pulak ngan anak-anak...


Yang ni diorang paling suka, Orang Utan....



Masa untuk memberi Zirafah makan....

***Cikgu Nabil cakap, sampai dua minggu la dia bercerita tentang pergi Zoo ni dekat cikgu. Sampai cikgu pun naik boring...

Khamis, 13 September 2012

Tazkirah Jumaat

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali R.A.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam
keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

***Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

***45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untukpertandingan bola sepak.
***Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.


***Peringatan untuk diri sendiri.....

Rabu, 12 September 2012

Aku Budak Kampung-Episod "Mengecas Bateri"

Masa tu di kampung masih belum ada bekalan elektrik, jadi kebanyakan rumah menggunakan pelita minyak tanah. Namun begitu kami kadang-kadang menggunakan lampu gasolin atau pelita karbait disamping lampu kalimantang menggunakan bateri kereta. Bateri ni juga digunakan untuk menonton Televisyen ( TV ).

Dalam lebih kurang satu bulan, bateri ni kena pergi 'cas' kat satu rumah India kat Matang Acheh. Selalunya memang abah yang akan bawak bateri tu untuk di 'cas'. Macamana satu hari tu kami bergaduh dengan abah yang menyebabkan dia tak mau pergi 'cas' bateri tu sedangkan hari sabtu dah nak sampai.( hari sabtu masa tu paling best la sebab malam ada rancangan Hiburan minggu Ini HMI dan ada Movie, sementelah pula tak sekolah, jadi memang enjoy la waktu tu-masa tu mana ada I-tab segala bagai, hanya TV dan radio lah sumber hiburan ) Jadi aku dan Kak Linda beriya-iya nak bawak bateri tu untuk di 'cas'. Sedangkan bateri tu dah le berat dan nak kena bawak basikal tua abah sejauh lebih kurang 5 km ( kalau tak silap ), memang menyeksakan..!! Tapi sebab nak tengok TV punya pasal, sanggup tu...

Bila dah hantar, kena tinggal satu malam untuk di 'cas'. Keesokan harinya kami berdua ( rasanya Ijal -5 tahun pun pergi sama )pun pergi la ambil balik bateri yang telah di 'cas'. Bateri ni selepas cas menjadi lebih berat. Ada lagi satu masalah, kat tempat tu dia ada bela anjing dan angsa. Anjing tu memang dia kurung la, tapi angsa memang dia lepas. Tu yang menjadi masalah..!..Masa aku nak mula kayuh basikal tua abah, angsa-angsa tu pun datang menyudu.! Punya la takut masa tu, sampai terangkat la basikal ( sebab bateri berat )..

Walaubagaimanapun, selamat sampai di rumah dan boleh tengok TV..!


*** Memori terindah...budak-budak sekarang mana pernah lalui...

WW :Datuk Datang Penang?


Isnin, 10 September 2012

Ijal Angkat Nikah

Bukannya apa, trend adik-beradik aku sekarang ni post gambar-gambar lama kat FB, jadi aku pun rasa teringin nak kongsi Video ni. Video ni dah lama dah, masa tu tahun 2008 sehari selepas PRU12. Ijal  dan Farha diangkat nikah di Masjid Kampung Temoleh, Lenggong ( betulkan kalau tersilap ). Kami satu family sebagai rombongan mengantar pengantin.

Yang bestnya Tok Imam sendiri dah tersilap dulu yang membuatkan orang yang nak diangkat nikah kena ulang semula....hehehhe....





*** Ni bukan pasai..." Pah oo Pah, butang baju aku mana dah...?".....hehehehe

Aku nak mula, tapi bila?

Hari ni dah 23 Syawal, maknanya dah dekat satu bulan aku dah tinggalkan. Pagi tadi masa masuk satu kedai mamak nak sarapan, mata aku terpandang pelanggan-pelanggan kedai mamak tu. Lebih kurang 70 peratus aku tengok diorang berbadan besar. Takut aku, terus keluar dari kedai. Hilang langsung selera nak sarapan..Singgah kedai buah, beli buah....Hhahahaha..Serius bagai.....Hehehhe...Mana ada yang sihat kat kedai mamak ni...Roti canai, nasi kandar, mi goreng, segala kuah yang berminyak, teh tarik...

Aku sedar, memang ada rasa sedikit ketat seluar yang dipakai. Aku sedar muka aku dah kembali bulat. Aku sedar berat aku naik 2 kilo berbanding masa bulan puasa. Aku sedar yang rasa malas makin menebal. Aku tahu semenjak lepas raya ni banyak rumah terbuka dan kenduri sedap-sedap..Aku sedar semua tu...

Jom lah kita mula sekarang....hehehehehe..

Naufal, masa ni berumur lebih kurang tiga tahun...



***Jom kita mula..!

Bukit Merah

Pada bulan Jun lepas ( masa tu cuti sekolah )aku dan keluarga telah pergi ke Bukit Merah kerana Cik Wife ada kursus di sana. Jadi kitaorang pun ikut jugak la sekali, semua perbelanjaan, tido makan ditanggung beress...


Ummi diorang ada kursus, jadi bapak la kena jaga..Uqaiel kat belakang, tak dok diam main air..



Ni pulak keesokan harinya...

Naik chairlift...

Uqaiel, kepanasan...

Uqaiel dan Abah...

Diorang ni selamba je, aku gak gayat...hehehe


Lepas tu naik skycycle pulak...

Kena kayuh dengan tangan....

Naufal yang ditugaskan mengayuh, kepenatan....

Berhadapan chalet di atas air...( air kering masa ni, tak berapa elok )-lepas ni la kamera yang nabil pegang hilang ( yang kat tengkok dia ), dia tertinggal masa asyik tengok mainan...

Eh, ni kaki sapa pulak.....kena gigit ikan...

Tu dia, Naufal tersengih kegelian....


Uqaiel pun nak join...

Ummi dah keluar seminar dah...



Ni hari terakhir....mandiii...!!! ( selepas Ummi habis pukul 10.30 )

Layan Uqaiel naik pelampung..


Siapa yang menyelam ni....

Naufal la...

Nabil....


Abah dan anak-anak...

Uqaiel dengan gaya ala-ala K-Pop....




Nabil, menggelungsur...

Dua beradik ni bergilir untuk tolak satu sama lain...


Ummi pun join....



Last....pastu balik

***Walaupun panas, bebudak enjoy mak bapak pun enjoy!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails