Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 30 November 2012

Mari Melukis - Uqaeil

Lukisan ni dah lama aku buat ( last weekend ), cuma masa sekarang ni agak sibuk, tak berkesempatan nak buat entry baru. Jadi aku cuma publish je gambar ni....Hari ni aku nak melukis gambar Uqaiel pulak....Bukan apa, ada pulak member-member komplen yang cara aku tunjuk cara melukis tak detail dan macam tipu....Kali ni aku bagi detail sikit....Sikit je tau...hehehehe

Macam biasa, mulakan dengan Bismillah dulu, pastu buat line horizontal dan vertikal...

Mula gelapkan lakaran mata...aku biasanya buat kanan dulu( kanan dari pandangan aku )

Detailkan dengan shadow...

Beralih kemata satu lagi...

Mula lukis hidung dengan masukkan shadow sekali...

Lukis bibir dan gigi...

Baru aku mula lakar sekeliling muka....

Lepas tu buat tengkok, kolar dan tangan...

Detailkan lagi dan gelapkan dengan buat shadow...

Ok lah kot...letih la pulak...

Jangan lupa, tandatangan..hehehhe

Uqaeil tersengih dengan lukisan gambar dia...

***Agak sibuk sekarang ( memang selalu sibuk pun ) Esok akan berada di KL, Jalan Bukit Bintang....

Sabtu, 24 November 2012

Mari Melukis-Naufal dan Nabil

Hari ni jom kita melukis, daripada duduk saja-saja membuang masa...hehehhee....Pertama-tama sekali dapatkan subjek apa yang kita nak lukis. Aku pilih gambar Naufal dan Nabil.

Selain tu pastikan korang ada lain-lain alatan seperti kertas, pensel ( aku guna pensel 2B je ) dan mungkin pemadam....Ok , jom kita mulakan....

Gambar yang aku pilih untuk dilukis...

Mula-mula, macam biasa kita buat garisan bentuk muka dulu...

Nampak tak....garisan ni jangan terang sangat....

Lepas tu kita detailkan subjek kita...

Yeah...detailkan lagi....

Gelapkan rambut....

Detailkan lagi dengan bayang-bayang/shadow....

Lepas tu  kita beralih pulak kepada subjek kita yang kedua...

Agak susah sikit sebab kedudukan kepala yang senget....

Detailkan apa yang patut...telinga...

Rambut pulak....

Hmmmm...dah siap kepala...

Masukkan sikit tengkok dan baju...kalau nak detailkan baju pun boleh....

OK la tu....hehehehhehe

***Siap dalam masa kurang 20 minit......walaupun dengan gangguan 3 orang hero tu...hehehhehe

Jumaat, 23 November 2012

Tazkirah Jumaat



Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

***Faham ke...kalu tak malam ni jom gi kuliah....hehehehe....Tak sempat nak tengok blog sendiri pun....

Sabtu, 17 November 2012

Laknatullah punya Israel..!!!!

Dah tiga hari aku demam, jadi tersadai kat rumah depan TV. Bila tengok berita kat TV, rasa begitu geram dengan keganasan yang Israel lakukan terhadap umat Islam Palestin...Rasa marah sesangat dengan apa yang diorang lakukan dan macam direstui pulak oleh polis dunia...

Yang aku tak tahan sekali ialah bila terpampang kenyataan Perdana Menteri aku, negara ISLAM tentang isu Palestin ni...Bila aku tengok terus aku bukak Blog dia yang sebelum ni tak pernah aku bukak...Bukan apa cuma nak pastikan betul ke apa yang dilaporkan TV...

Nak tau apa yang dia kata...Dalam ayat dia aku tak nampak pun ayat dia mengutuk kekejaman Israel....yang dia cakap "kedua-dua" pihak menghentikan keganasan....Apekejadahnya Palestin yang jadi pengganas pulak....Dah sah-sah Israel laknatullah tu yang serang Palestin terang-terang....dan Palestin hanya mempertahankan negara mereka...

Malu aku ngan Pednana Menteri aku ni....Nampak sangat yang dia ni takut sangat dengan Amerika dan Yahudi....Kalau Si Soi Lek ke tak pun Singapura punya PM yang keluarkan kenyataan tu aku boleh terima lagi la, sebab dia bukan Islam...Memang mamat ni tak sensitif betoi....

***Petikan yang aku copy dari blog dia,....

"Malaysia bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza.
Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan tersebut agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban."



Jumaat, 16 November 2012

Belimbing Api

Siapa pernah tengok buah ni. Nama dia Belimbing Api. Nama ganas betul, tapi hati baik...hehehehe...Nampak macam belimbing biasa cuma berwarna merah yang menjadi kelainannya. Buah ni Kak Lili bawak balik dari Serawak tempohari. Dapat lima biji, seorang sebiji la kat rumah ni. Tapi jangan terus digigit macam belimbing kat sini. Kulitnya tak boleh dimakan, yang dimakan hanya isinya...

Rasanya manis-manis masam macam buah rambai dan berbiji ( bijinya jangan dimakan )


Rupa belimbing Api..


Uqaiel memegang belimbing api...habis dengan bijik-bijik sekali ditelannya...

Isi dia yang agak comel...

***Thanks Kak Lili...!!

Rabu, 14 November 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 1434

Esok kita akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1434, moga tahun ni lebih baik dari tahun lepas. 

Jangan lupa baca doa akhir tahun ni 3 kali selepas solat Asar


Dan doa awal tahun 3 kali selepas solat Maghrib...
***Sekadar mengingatkan diri sendiri...Selamat Tahun Baru...!!!!
***Doa diambil dari GOOGLE....

Wordless Wednesday



***Rasa macam tak betul....nak tanya orang yang lebih arif...

Isnin, 12 November 2012

Ikan Ngek-Ngek

Oleh kerana beberapa rakan blog yang bertanya tentang ikan ni ( Kak Yan, Mie dan Raziq ), jadi aku pun rasa nak bercerita pasal ikan Ngek-Ngek ni...Ikan ni mungkin satu keluarga dengan ikan baung dan lundu tapi mungkin spesis berlainan yang banyak terdapat di taburan sungai Malaysia khususnya. Berada dalam kategori catfish sebab dai ada misai macam ikan keli.

Mungkin terdapat nama lain bagi ikan ni, tapi bagi kami, namanya ( Ngek-Ngek ) dah sebati dari kecil lagi yang mana bersempena dengan bunyi 'ngek-ngek' yang kuat apabila ianya didaratkan....

Selalunya kami akan goreng atau buat kuah lemak cili api je....rasanya biasa-biasa je....Kalau kat sungai di kampung, memang ikan ni la yang banyak dinaikkan sekiranya berumpankan cacing tanah atau perut ayam. Kalau malam lagi bertambah galak dan besar-besar hasilnya...Dulu masa kecil-kecil pergi memancing dengan abah, kat sungai kampung ni memang bermacam-macam ikan termasuk keli, baung, haruan dan udang galah. Tapi sekarang memang ikan ngek-ngek ni la yang banyak dapat...( ok lah kalau dah gian sangat nak rasa ikan menggetu umpan )


Ikan Ngek-Ngek mendominasi tangkapan kalau ke sungai Pasdang Serai...( yang bersisik tu ikan teruboi rasanya )

Ni pulak gambar yang dicilok dari google..
 

***Mungkin lain tempat lain pulak namanya...

Sabtu, 10 November 2012

Kami, Pancing dan Ikan..

Hari nak cerita sikit aktiviti anak beranak Haji Amir yang mana boleh dikatakan semua kami suka dan enjoy bila buat. Tak lain dan tak bukan, memancing... Yang mana kalau dijadikan aktiviti keluarga memang mengasyikkan!!...

Tapi bila memancing tak semestinya dapat ikan, yang penting aktiviti bersama keluarga tersayang, tapi kalau dapat tu lagi best la...

Jom layan aksi-aksi anak beranak Haji Amir bersama tangkapan...


Ijal dan ikan gelama, kat Pantai teluk Senangin...dia sorang je yang dapat ikan, memang bangga gila la....sampai hari ni tak habis-habis diperkatakan...

Daud dan kerapu....dia memang selalu dapat ikan...

Daud dengan Udang...ni kategori lain pulak ni..

Faiez dan keli, memang rekod ni dia pegang kat sungai Padang Serai....

Haji Amir dan talapia...Otai ni....

Kak Lili dan talapia...bangganyaa...

Naufal dan Talapia...disamping Irfan yang menempel sama....

Imah dangan talapia...siap kiss lagi...

Pija dan talapia....peace..

Safwan dan ikan Ngek-Ngek..

Angah dan ikan Ngek-ngek...

Basyirah dan ikan talapia....

Like daughter like mother...Kak Linda dan ikan talapia...

Lagi Haji Amir dan talapia...

Pinny dan anak ikan ( tak tau ikan apa )-nampak tak????

Ijal ( orang yang dapat ikan ni sebenarnya ), Along, Safwan dan Daud...bersama ikan Pacu...

Ni paling gempak sekali...siap pegang pakai tangan....Daud dengan JAWS....!!!!!


***Entry takdak idea tapi nak jugak update...hehehehhe...semua ahli keluarga, jom kita mancen !!
***Dah siap baru perasan gambo empunya blog sendiri dengan ikan Marlin terlupa nak letak....heheheheh( ayat ngelat )

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails