Terasa cepat masa berlalu. Diam tak diam berlalu sudah 3 hari 2 malam, Hari Keluarga Haji Amir yang telah dirancang beberapa bulan lalu. Alhamdulillah....bersyukur sangat-sangat kerana aku ada ahli keluarga yang memang sporting yang bersama-sama menjayakan Hari keluarga bagi tahun 2013 ni.
Terasa amat berbaloi, segala perancangan, penat lelah dan wang yang dihabiskan untuk menjayakan aktiviti tersebut. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli keluarga, Kak Long sekeluarga yang sanggup turun dari Kuantan, Kak Lili dan Kak Linda sekeluarga yang bersungguh-sungguh menjayakan Hari keluarga ni. Kak Ros dan Ijal sekeluarga yang menggagahkan diri untuk join walaupun terkekang. Pinny yang sanggup balik dari Serawak. Daud, Imah dan Faiez yang mempunyai idea-idea kreatif yang membuatkan kami tak kering gusi... Dan tak lupa jugak buat Abah tercinta yang memang sporting untuk turut serta...Dan tak lupa jugak kepada keluarga aku sendiri, Wife dan anak-anak. Aku bangga ada korang semua sebagai keluarga...
Oleh itu diminta semua ahli keluarga ku yang sporting-morting untuk memilih gambar manakah yang paling best sekali diantara semua gambar tatkala kita menyaksikan tayangan video parodi oleh Daud, Imah dan Faiez...( ada gambar yang tak ada, seperti Angah )...
***Korang semua memang The Best!!!!.....






























